♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Pesanan Untuk Orang-Orang Yang Cantik ::

Share

Setiap orang adalah unik.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu...
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH.



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::





Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!!!

::nina says::
nina tak cantik...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

9 Leave Here, Comments and Lovely Words:

1tomyam said... [Reply to comment]

saya sukakan kechentekan ,,,hehehe

meera^da cute..*_* said... [Reply to comment]

kite semua cantikla nina...yakin pada diri sendiri..

skY Hayyat said... [Reply to comment]

skY pn x cantik.. Alhamdulillah=)
hihi..

faz_e said... [Reply to comment]

beauty is a curse for me!!
cube tengok kwn2 kita yg 'cantik' di mata lelaki2, adakah cantik di mata kita kaum nya?
huh!
xcantik xpe, asal kita ada personality yg x annoying!!!
++ hahaha.... agak emo!

nina syakina said... [Reply to comment]

1tomyam,

hehe... sya pon suke!!

nina syakina said... [Reply to comment]

meera^da cute..*_* ,

Yaa.... yakin jua... kita semua cantik... huhu =p

nina syakina said... [Reply to comment]

sKy,

kita pon ngeee.... =p

nina syakina said... [Reply to comment]

faz_e,

btul3... nina sokong... ngee
beauty is a curse for me too...

YanaHime said... [Reply to comment]

kita semua cantik...sebab kita makhluk yang dijadikan Allah