♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Haruskah Menukar Mr Lappy Kepada Lenovo ThinkPad Selepas Menonton Video Iklan Ini ::

Share



Lenovo Thinkpad, Apa Kelebihannya ekk???






ThinkPad terbaru dari Lenovo

Pada zaman ini, kemajuan teknologi sentiasa berubah demi memenuhi keperluan pengguna dari semasa ke semasa. Dengan adanya kemajuan teknologi yang moden dan canggih, ia telah membantu kita melakukan sesuatu secara lebih mudah lagi.

Sehubungan itu, Lenovo telah memperkenalkan komputer buku ThinkPad terbarunya iaitu ThinkPad T61 dan R61 14-inci skrin lebar yang bergaya dan dipercayai mampu memikat hati pengguna terutama golongan profesional.

“Teknologi bersepadu yang kami reka dalam produk baru ini membuktikan kelebihan kejuruteraan Lenovo yang terbaik,” kata Pengurus Am Negara, Lenovo Malaysia, Thomas Teng.


Peningkatan teknologinya ialah ia mampu bertahan lebih lama, kebolehpercayaan dan sambungan wayarles bertujuan memberikan pelanggan pengalaman yang menyeronokkan dan produktif.

Teknologi wayarles dengan Ultra Connect II dan sambungan dengan rekaan Top Cover Roll Cage dapat membantu untuk menghapuskan kesan bunyi bising LCD serta dapat meningkatkan perlaksanaan rangkaian wayarles.

Reka bentuk sistem juga dapat merendahkan suhu sehingga 10 peratus dan menghapuskan tahap bunyi bising sehingga tiga desibel yang menjadikan ia sebagai antara komputer buku paling senyap di pasaran.

Mengenai penggunaan bateri pula, Lenovo dapat memanjangkan hidup bateri dengan teknologi Battery Stretch. Apabila anda menyaksikan sesuatu persembahan seperti DVD, Battery Stretch akan membenarkan individu untuk memilih opsyen-opsyen untuk menjimatkan penggunaan tenaga.

Selain itu, isu soal keselamatan pengguna notebook juga amat diambil berat oleh Lenovo dengan dilengkapi pelbagai teknologi terkini.

Komputer buku juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA, pembaca kad media ‘4 dalam 1’ dan kamera bersepadu pilihan.

ThinkPad T61 dan R61 ini dipasarkan dengan harga kira- kira RM7,188 dan RM4,788.


::nina says::
Haruskah Menukar Mr Lappy Kepada Lenovo ThinkPad
Selepas Menonton Video Iklan Ini?



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

2 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Unknown said... [Reply to comment]

patut!!!..

kalau lappy sekarang dah kong or dah tue.. Lenovo memang best walaupun sekarang ni Kilang dia kat China.. :)
kuman "dapat $55,000.." Entry

nina syakina said... [Reply to comment]

@Kuman Chaos

oowh ye ke... bestnyer klau dpt bnda alah nih kan..hihi