♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Kuih Muih Tradisional Yang Kadang2 Pelik, Kadang2 Jelik Namanya, Tapi Sedap ::

Share

Malaysia kaya dengan makanan.
Rumah saya pun banyak makanan... hehe

Tapi dalam banyak2 jenis makanan di Malaysia ni,
ada yang nama dia kadang2 pelik, kadang2 kelakar,
kadang2 macam tiada kaitan langsung dengan makanan tu, tapi sedap!!!
huhu...


so, nina cuba cari info dekat en.google...
info tentang kuih muih tradisional, masakan asli, dan sebagainya...
nampaknya banyak juga hasil dapatan malam nih...hehe
Jadi apa kata kita kongsi di sini...


PUTERI MANDI = diperbuat daripada tepung gandum, diuli, direbus, disalut kelapa parut yg manis.

ONDE ONDE = buah melaka, sama mcm puteri mandi, cuma dalamnya ada manisan, dan disalut kelapa parut.

LOMPAT TIKAM = Ada 4 jenis variasi yang dicampurkan disini:-
1)Pulut yang biasanya dimasak dengan pewarna merah.
2)Santan yang dimasak agak masin.
3)Tepung beras biasa yang dimasak (semasa dimasak dan mendidih, ianya akan melompat ke atas. Pastu kita gunakan sudip tikam ia balik. sbb tu laa nama dia lompat tikam)
4)sebagai kuah dan pemanis, manisan yang telah dicairkan.

KUIH SAMPAN = didasarnya tepung yg dicampur dengan daun pandan bagi mendapatkan warna hijau dan di atasnya diletakkan air gula yg pekat.

TAKO = mcm kuih sampan, tapi kulit dia diperbuat daripada daun pandan, inti dibuat dari tepung jagung.

BRONOK = bulat mcm bola, tapi x besar mcm bola, disaluti gula yg kasar. (susah nk explain nihh)

LEMPUK = manis, mcm dodol, tp dibuat daripada durian.

JALA EMAS = roti jala. kuah dia manis.

BUNGA TANJUNG = manis mcm jala emas jugak, cuma bentuk dia kecil, mcm buah pun ada.

KUIH BOM = sejenis kuih yg ada inti kacang, tepung, kelapa parut, dia guna tepung pulut sebab agak bergetah, berbentuk bulat, di salut bijan di sebelah luar.

PULUT LEPA = pulut panggang.

CUCUR KODOK = cekodok, jemput2.

BIJI NANGKA = butir nangka, bukan biji nangka betul, tp dibuat dari gandum, dalamnya ada manisan yg dipotong kecil, dimakan dgn kuah lemak (dibuat dari santan). ada inti gula melaka berkuah santan.

TAIK ITIK = diperbuat daripada putih telur.

BUAH KEKOH CHAR = onde onde, buah melaka.

KUIH BADOK = atau dikenali sebagai kuih kertas (ye kot... x pasti laa)

KUIH TELINGA KELING = kuih peneram, telinga kera, denderam.

KUIH CEKMEK = diperbuat daripada ubi keledek dan intinya adalah gula, kemudian digoreng.

SAGUMPAL = diperbuat daripada sagu berinti kacang dan berkuah santan.

CACA = bentuk seperti cendol berkuah santan dan gula melaka.

NETBAB = bentuk seperti bahulu, dimasak dalam air gula.

BELBAB UBI = dibungkus dgn daun pisang (ubi keledek)

KUIH SERUNAI = dibungkus bentuk kon, ada santan dan gula melaka dibawah.

TAHI MINYAK = berwarna hijau dimakan dgn kelapa yg digoreng sehingga keluar minyak.

CUCUR JAWA = bentuk mcm kapal UFO.

KUIH KETAYAP = kuih gulung.

KUIH RENGAS = kuih kacang, sbb diperbuat daripada kacang hijau.

BELONTOK = tak tau nak terang, memang cedap, tok saya je yang tau wat. haha~

KUIH CHARA= nak buat kuih ni kena ada cara dan skill, ia agak manis dan kehijauan.

KUIH CINCIN = kuih tradisional org Sabah.

TO KUA GORENG SUMBAT = tauhu goreng sumbat.

TAPAI = beras pulut yang diperam dalam daun getah.

KUIH BATANG BUROK = diperbuat daripada kacang tumbuk dan tepung.

KUIH ULAT MULONG = kepingan hot dog dililit dgn adunan tepung.

KUIH TALAM BERLAUK = mcm kuih chara.

SOMTAM = betik muda yg dihiris2, asal dari Thailand.

SATA = diperbuat daripada ikan hancur bersama cili, dibungkus dalam daun kemudian dibakar.

OTAK OTAK = hirisan ikan berempah, diisi didalam daun kelapa ,dibakar.

BLEDE/BLEDO = agar2.

SAMOSA = karipap inti ikan.

ROTI TEMPAYAN = macam capati, roti nan.

SOTONG SUMBAT = ketupat sotong, dalam sotong tu ada pulut.

KOSU = diperbuat dari gandum, biasa dimakan bersama kelapa parut.

PENGANAN = macam akok, cuma kurang manis, warna hijau, dibakar atas sabut kelapa.

LEMPENG = diperbuat dari kelapa dan gandum.

GETUK UBI = seangkatan dgn getuk pisang, ianya akan direbus, pastu dilenyek secukup rasa dan digaul dgn gula, kelapa parut.

NASI AMBANG = nasi ambeng.

PULUT DAKAP = seperti pulut pisang, nama dia pulut dakap sebab dia lilit dgn tali pe tah.

PUTERI BONGSU = berwarna putih, dibalut dgn daun pisang, ditengah2 ada inti.

NASI DURIAN = nasi, dicampur dgn air, digaul dgn durian, cara makan seperti pulut durian.

TEPUNG BOKO = ada yg tepung boko beras, ada tepung boko ubi, klau beras, warna cokelat, klau ubi, warna hijau muda.

AKOK = diperbuat daripada adunan tepung, telur, gula, dibakar dalam sabut kelapa.

LEPAT LIAT = lepat pisang inti kelapa goreng.

BURAS =dimakan dgn lauk ayam masak lengkuas, beras dimasak dgn santan,garam, lepas masak nanti balut pula dgn daun pisang pastu kukus sampai masak.

KUIH ULAT BULU = inti kekacang hijau bersalut kisaran kelapa, gula pasir, rendam ia dlm air panas, ia akan tenggelam dlm air panas. bile ia hampir nk masak, ia akan timbul di permukaan air. pastu amik kuih ni, guling2 ia bersama inti buah kelapa yg dikisar bersama gula pasir.

MENTARANG =spesies siput, bentuk memanjang.



::nina says::

so, apa lagi? makanan apa lagi yg anda tahu?
adakah saya salah info? sila betulkan laa yekk =p



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

6 Leave Here, Comments and Lovely Words:

hanafijaafar said... [Reply to comment]

ni pendapat aku ye :

penganan adalah nama lain bagi dodol kat negeri sembilan.

samosa adalah kuih tiga segi yang mempunyai kulit tepung. setakat ni tak pernah lagi jumpe samosa inti ikan, asek inti ayam atau daging atau kentang semata-mata...

LOLZ =)

Kuman Chaos said... [Reply to comment]

memang banyak ek kuih yang pelik nama nih.. itu la Malaysia heeheh

Kuman "tudung.." Entry

nina syakina said... [Reply to comment]

hanafijaafar,

ooo... lain ekk kt negeri sembilan... huhu... tak tahu pulak orang sana panggil penganan tuhh dodol... huhu~
semosa asalnya mmg inti ikan... tapi semosa kt terengganu je kot..huhu~
kt area selatan dan utara byk pkai ayam daging... ngeee

nina syakina said... [Reply to comment]

kuman chaos,

tahu tak pe...tuh bru jekk kuih melayu tuhh... belum lg kuih2 org Chinese, Indian...hehe

hamzah ian said... [Reply to comment]

kuih belacan?? belacan tu kuih kan?

nina syakina said... [Reply to comment]

eekkk... belacan tuhh kuih ekk? pelik2...huhu