♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Perkahwinan Campur Menjadi Tren Masa Kini, Pro Dan Kontra ::

Share

nina tertarik dengan satu artikel tentang perkahwinan campur ini
yang dipetik dari Sumber.



PERKAHWINAN CAMPUR

Merungkai Kelebihan dan Kekurangan Perkahwinan Campur...


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



Di Singapura/Malaysia, perpaduan dan kehidupan secara harmoni telah lama dipupuk oleh pemerintah untuk memastikan rakyatnya saling hormat-menghormati dan faham-memahami. Sejak kecil lagi, rakyat Singapura/Malaysia telah biasa bergaul dengan rakan-rakan di sekolah yang berbilang bangsa dan juga bermain dengan jiran-tetangga tanpa mengenal warna kulit.

Maka tidak hairanlah jika ramai yang memilih pasangan hidup mereka yang bukan dari bangsa mereka sendiri. Perkahwinan campur telah menjadi tren yang meningkat pada masa kini. Jika dahulu, perkahwinan campur jarang kita dengar ataupun sering mendapat tentangan keras keluarga serta masyarakat umum. Namun sekarang, perkahwinan campur bagaikan perkara yang lumrah. Masyarakat dalam bangsa apa sekalipun di Singapura/Malaysia dapat menerima trend perkahwinan campur kerana anjakan paradigma pemikiran masyarakat yang lebih terbuka.

Mengikut perangkaan, trend perkahwinan campur semakin meningkat. Pergaulan di antara perempuan dan lelaki, dari latarbelakang yang berbeza banyak menyumbang kepada tren ini. Bangsa, agama dan darjat bukanlah sesuatu yang menjadi kayu ukuran dalam mencari pasangan pada masa kini di kalangan pasangan-pasangan muda. Ini dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur di Singapura/Malaysia merupakan sesuatu yang dapat terima umum sesuai dengan usaha pemerintah dalam menggalakkan keharmonian kaum.

Perkahwinan merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan etnik dan dalam konteks 1 Malaysia, ia adalah langkah positif kerana perangkaan perkahwinan campur (inter-etnik) semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Merujuk kepada ethnocentrism, seperti mana kita menilai dan mempunyai tanggapan tentang budaya lain, keadaan yang serupa juga akan bertimbal balik kepada diri kita. Tanggapan, prejudis atau prasangka ini adalah culturally rooted’ yang seringkali berasaskan hanya daripada pengalaman lalu. Ini dipanggil sebagai streotaip etnik yang merupakan salah satu subjek teras Universiti yang saya belajar sekarang.

Daripada kaca mata orang Melayu, orang India sering kali dilihat sebagai kaki botol dan ganas. Mereka juga menganggap orang-orang India terutamanya keturunan Punjabi gemar mengawal suami.

Dalam hubungan dengan masyarakat Cina,mengatakan bahawa orang-orang Cina gemar berjudi dan sanggup berhutang demi memuaskan kehendak mereka. Sikap mereka yang dianggap tamak dan sanggup mengkhianati saudara sendiri kerana wang dan harta.

Disebaliknya,daripada pandangan kaum Cina dan India yang menganggap orang Melayu bodoh dan pemalas khuatir perkahwinannya akan menjejaskan keturunan mereka sekiranya perkahwinan tersebut dikurniakan anak kelak.

Masyarakat India juga tidak terkecuali mempunyai tanggapan yang negatif terhadap masyarakat Melayu dalam hubungan kekeluargaan. Mereka merasakan kebanyakan wanita Melayu terlalu mengongkong dan tidak setia dalam hubungan perkahwinan. Daripada pengalaman-pengalaman yang lalu, mereka mendapati banyak penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga dianggap terlalu materialistik kerana bersikap, “biar papa asalkan bergaya” (miskin).

Orang-orang Melayu amat menekankan budi bahasa dan tatasusila. Dalam sesebuah keluarga, selain ibu bapa yang patut dihormati, anggota keluarga lain seperti adik beradik, makcik dan pakcik serta ipar duai juga perlu dihormati. Daripada perspektif ini, ternyata orang Melayu sikapnya ada unsur ethnocentrism. Orang-orang Melayu menilai budi bahasa berdasarkan budaya mereka sendiri.

Melalui maklumbalas yang diterima, ramai yang tidak menganggap kahwin campur sebagai satu masalah malah menggalakkannya kerana boleh memperkayakan masyarakat dan mengeratkan perhubungan. Bahkan, ramai yang menganggap anak-anak hasil dari kahwin campur lebih unik, cantik dan mendapat gen positif ibu dan bapanya, menjadikannya lebih pintar dan bijak .

Kahwin campur bukanlah masalah atau memberatkan tanggungjawab seseorang individu itu. Namun agama Islam menegaskan bahawa bangsa asing berlainan agama yang mahu berkahwin dengan orang Melayu itu perlu memeluk agama Islam. Kemasukan ke dalam agama Islam itu bukan bermaksud bertukar kaum seperti yang difikirkan oleh kaum yang lain.

Kesimpulannya, bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain dan berkembang pesatnya budaya metropolitan di Singapura/Malaysia, warna kulit tidak lagi dilihat sebagai adanya perbezaan. Perkahwinan antara bangsa berlainan adat, budaya dan agama ini semakin diterima rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang sebangsa atau pun tidak, masalah biasa alam perkahwinan tetap timbul. Setiap individu perlu bersikap rasional dalam menangani masalah tersebut serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Seperti rojak, adakalanya terlalu pedas atau terlalu masin. Pandai-pandailah kita menentukan kesedapan rojak secukup rasa. Selain itu perlu bijak dalam menentukan sesuatu perkara dan jangan meletakkan emosi sebagai jawapan yang tidak wajar.




::nina says::
belum bertemu jodoh lagi... hikhikk



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

3 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Mohamad Termizi said... [Reply to comment]

kalo dah jodoh tu tau kire etnik ke ape.. kalo dah suke kawin je asal kan kite yg islam ni tak lari dari landasan nye

nina syakina said... [Reply to comment]

@Mizi a.k.a SKELERTOR


btul3.... nina setuju... klau dh cinta, lautan api sanggup direnangi... ceeewahh

Nesha Arasu said... [Reply to comment]

terima kasih. ia membantu saya membuat karangan