Berhati-hatilah menerima budi, jangan sampai tergadai body...
Jangan sampai dihantui rasa bersalah kepada keturunanmu akan datang kerana tidak pandai menjaga diri sewaktu muda... isshh... isshh...
Kita sebagai orang perempuan harus laa bijak dalam menilai dan bertindak demi kebaikan dan kesucian diri. Jangan jadikan body sebagai tukaran walau pelbagai ganjaran akan diterima. Body kita terlalu bernilai dan tidak wajar untuk dijadikan korban jalanan dan pestaan. Tanggunjawab untuk memegang amanah menjaga diri terletak pada diri sendiri. Serahkan body kita hanya kepada pihak yang berhak sahaja, iaitu suami yang sah selepas nikah nanti. Terlalu penting untuk memahami hal ini. Hentikan menipu diri. Hentikanlah lakonan sibuk menghias luaran diri tetapi gersang dari iman dan akhlak mulia dari hati yang bersih...
:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::
Kita sebagai anak yang halal dari pernikahan ayah dan ibu kita yang sah (kalau ragu-ragu, perlu check dengan ibu anda segera), jangan sampai berperanan di atas kelahiran anak yang tidak sah iaitu anak haram atau anak luar nikah. Bukan salah si bayi itu. Si bayi mempunyai hak untuk hidup seperti orang lain. Si bayi itu menjadi saksi hidup kesalahan ibunya yang tidak berupaya mengendali dan mengawal nafsu muda lantas menyerahkan permata singgahsana maruahnya – sehingga terjadilah perkara-perkara jijik yang disukai dan bersungguh-sungguh dicari. Sebenarnya nafsu sentiasa muda, tidak berusia. Jangan sekali-kali menguji nafsu kita, kerana ramai telah tertipu dan berbuat dosa, merosakkan diri sendiri dan orang lain.
Kesucian kita telah dan akan di robek kejam di atas nama cinta, dalam kebanyakan kes, hero yang di puja dan di rindui. Kebiasaannya hero akan perlahan-lahan menghilangkan diri laksana lakonan ahli silap mata terkenal David Copperfield yang telah menakjubkan ramai satu masa dulu. Helang akan terbang semula setelah merasa dan meratah mangsa hidup-hidup. Siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya?
Kebanyakan kita mengetahui bahawa zina – persetubuhan yang berlaku tanpa nikah yang sah - di larang oleh semua agama di sekeliling kita. Kadang-kadang terdapat banyak yang boleh di pelajari daripada apa yang berlaku dalam sejarah manusia tanpa kita melakukannya sendiri. Hidup ini terlalu pendek untuk kita mencuba dan menguji semua perkara. Perempuan bukanlah barangan murah laksana anak patung untuk mainan bila lelaki berhajat.
Pilihan yang ada ialah jangan mengkaburkan atau merosakkan salasilah keturunan kamu zaman berzaman. Jangan mulakan kitaran kejam dalam hidup anda. Ingat: Hubungan sulit akan hanya mencalar kesucian diri kita dan menyebabkan wujud anak luar nikah. Kita mungkin tidak berpelajaran tinggi tetapi kita sewajarnya berjaya hidup sebagai seorang yang terdidik.
ANDA BIJAK JAUHI ZINA
::nina says::
berpesan-pesan sesama kita...
4 Leave Here, Comments and Lovely Words:
i hate woman who really disrespect to their own pride, bodo jeh, isk! tetiba cam nak emo plak pagi nih :D
eloklaa kalau korang beringat...ada yang dah mula kata jadi anak dara ni tak cool langsung...bodoh jer statement camtu...
mmg kene jage pun.. dak2 yang terjebak sume yang suke bersosial so no wonder lah..
dah duk jauh gan mak bapak then suke2 nak g sane g sini so terjebak lah dalam mende tak bermoral ni
mmg kene jage pun.. dak zaman skang ni terlampau bebas.. facebook tu contoh terdekat n terbaik ke kancah ni
Post a Comment