♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Nina Jatuh Hati Dengan Atkins Diet, Nina Suka Diet Atkins Cara Akak Nuanza ::

Share


selepas membaca entry Diet Atkins Akak Nuanza,
Diet Atkins Bab 1
Diet Atkins Bab 2
Diet Atkins Bab 3
credit to owner

nina sangat2 tertarik untuk mencuba diet nihh!!!
macam best jekk...

jom kita tengok sedikit info mengenai Diet Atkins ini...


Peringatan: Perempuan mengandung dan wanita yang sedang menyusu anak tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Jumpa doktor dulu sebelum mengamalkan diet ini...



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::






Apakah sebenarnya Atkins Diet ini?

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu bagi mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan ini semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti 'low-fat diet' atau diet rendah lemak. Melalui 'low-fat' diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik 'low-fat diet' itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai 'low carbohydrate diet' dan mendapati orang yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada empat peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.


Empat peringkat tersebut ialah:-

1. Induction (permulaan dan pengenalan)
2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance



Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.



Semasa 2 Minggu Induction:-

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang seangkatan dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan yang seangkatan dengannya.

3.) Elakkan Gula, gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:-

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai. asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam.
Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!


MENU DIET ATKINS

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih daripada 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb
(meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


mahu info yang lebih terperinci, lawati
www.atkins.com



::nina says::
amacam info nih?
tips kuruskan badan...
macam best kan?
so, apa kata kita cuba nak? hihi
mana laa tahu, kot boleh kuruskan badan lagi...



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

7 Leave Here, Comments and Lovely Words:

nuanza said... [Reply to comment]

hehehhe...thanx dear sbb credit akak..
kalau nk bc ayat2 atkins tu, mgkin ada yg susah nk faham...
sbb tu akak try olah ikut bhs pasar..eheheheh..
akak tgh odw wat blog khusus utk atkins..masih dlm selenggaraan..

Miza Yusof said... [Reply to comment]

info yang menarik ni. thanks.
boleh cuba untuk diri miza. hihihi

suichi said... [Reply to comment]

ramai org cakap ni bkesan~~fuh~~

~ PIJA ~ said... [Reply to comment]

good info.:)

momochan said... [Reply to comment]

nak kurus jugalah! tp mcam...seksanya huhu

ema ixora said... [Reply to comment]

pnh buat dlm ms sebulan..hampeh lgsg x turun..siap minum SD2 lagi...entah la...

Nurul Helwana said... [Reply to comment]

Assalam,
menarik blog kamu ni...macam mana nak contact kamu ya?ade sesuatu nak share berkenaan ATKINS...kalau boleh, emailkan ke nurul_helwana87@yahoo.com...Thanks ya