♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Teman Lelaki Saya, Fahrin Ahmad Yang Baik Hati Join Jakim, Oopss Lupa, Bekas Teman Lelaki Yaa... Hihi ::

Share



ooppss... tajuk di atas adalah gurauan semata-mata...
jangan marah yekk abang fahrin... ^^
nanti nina belanja ais kacang lagi... huhu...


alhamdulillah...
semoga semakin ramai selebriti mengikut jejak langkah fahrin ini...




gambar semasa sesi lawatan fahrin ahmad ke Jakim




Pada hari Selasa 21 September 2010 lalu, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim telah menerima satu kunjungan muhibah dari seorang artis yang merupakan pelakon terkenal iaitu saudara Fahrin Ahmad. Kunjungan beliau ini adalah untuk memenuhi lawatan kerja sosialnya sebagai Ikon Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis Aids Malaysia di bawah program Islam & HIV/AIDS.

Fahrin telah hadir bersama beberapa orang wakil dari Bahagian Advokasi & CSR(Coparate Social Responsiblity) MAC dan disambut oleh Pengarah Bahagian; Ustaz Ghafani bin Awang Teh. Tujuan mereka berkunjung ke Jakim adalah bagi mendapatkan sedikit sebanyak gambaran gerak kerja dan tugasan Cawangan Pembangunan Sosial Jakim dalam menangani isu-isu sosial terutamanya mengenai HIV & AIDS.

Satu perbincangan dan sesi penerangan telah sempat diadakan, di mana Jakim sangat mengalu-alukan penglibatan mana-mana selebriti yang sanggup membantu usaha membangunkan sosial masyarakat. Penerangan mengenai aktiviti cawangan Pembangunan Sosial Jakim telah diberikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian KESUMA Ustaz Zakuan bin Sawai. Pelakon utama drama Ahmad Durah itu juga menyatakan kegembiraannya dapat mendekati dan memahami gerak kerja Jakim dengan lebih jelas dan rapat.

Beliau juga menyatakan kesanggupannya untuk bekerjasama dengan Jakim dalam memenuhi ruang yang mampu diisi olehnya terutama kemampuan menarik golongan remaja ke arah program keagamaan. Harapan Jakim akan ada ramai lagi artis yang sudi bekerjasama dengan Jakim dan agensi-agensi agama, di samping mereka sentiasa dapat memberikan contoh terbaik kepada peminatnya sendiri.


Sumber: Jakim



::nina says::
keep up the good works...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA