♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Filem: Ngankung, Filem Lawak Seram Yang Hantunya Seram! ::

Share

wahhh... takut!!!
mesti korang akan jerit sakan bila tengok filem nihh...
huhu... hantu dia bukanlah jenis filem hantu lama2...
kalau dulu, filem hantu mesti hanya nampak bayang2,
kain putih, pocong lompat2, hantu terbang,
kali nihh hantu nihh nampak real punya... hehe
psstt... real disini bukanlah bermaksud hantu sebenar yekk...
memang best cerita ini! lawak bengong2
ditambah pula dengan lakonan yang mantap...
pergghh... sambil gelak2, naik juga bulu roma... hihi
jom kita tengok review cerita ini...




Lakonan:
Azim (Pelakon Utama)
Tasnim (Pelakon Pembantu)
Wan (Pelakon Pembantu)
Midah (Pelakon Pembantu)
Suri (Pelakon Pembantu)
Wahi (Pelakon Pembantu)
Dr. Atha (Pelakon Pembantu)
Bomoh Perigi Buta (Pelakon Pembantu)
Pesakit 2 (Pelakon Pembantu)
Pendeta (Pelakon Pembantu)
Krew:
(Pengarah Fotografi)
(Pengarah Seni)
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
(Penerbit)


Sinopsis:

‘Ngangkung’ adalah merupakan satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Kejadian pelik banyak berlaku kepada mereka satu persatu...






::nina says::
Ngankung tiada kena mengena dengan sayur kangkung,
apatah lagi kangkung goreng belacan... haha


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

1 Leave Here, Comments and Lovely Words:

~Miss Sukasih~ said... [Reply to comment]

Dah tgk dah...besstttt sgt...tp kadang2 tu takut gak...hehehe