♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Iman Takwa Kecantikan Sebenar, Bukannya Paras Rupa Atau Pun Harta Benda ::

Share

KECANTIKAN wanita sering dinilai dari sudut luaran menyebabkan sesetengah pihak menjadikan ratu cantik sebagai ukuran wanita yang cantik.

Lihat saja wanita tercantik dunia yang diukur oleh dunia Barat. Hampir semua adalah pelakon dan penyanyi terkenal dunia Hollywood. Itulah ukuran Barat, tetapi sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran orang Islam.

Adakah wanita cantik itu seperti Angelina Jolie? Itulah pilihan Barat, tetapi Islam mempunyai pandangan sendiri mengenai konsep kecantikan wanita.


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::




Pegawai Penyelidik Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Wan Roslili Abd Majid, berkata setiap manusia memang menyukai kecantikan dan keindahan, malah Allah SWT sendiri mengaitkan diri-Nya dengan sifat cantik dan menyukai kecantikan.

Katanya, tidak menghairankan manusia menyukai dan menghargai kecantikan, tetapi kecantikan tidak boleh diukur hanya dari satu sudut.

“Lebih penting dan bermakna serta bernilai di sisi Allah SWT ialah kecantikan dalaman, iaitu keimanan dan ketakwaan diri. Daripada ketakwaan, lahir hati yang bersih akhlak terpuji dan keperibadian mulia,” katanya.

Wan Roslili berkata, kecantikan dalaman akan memancarkan kecantikan luaran diri seperti penampilan diri yang baik, tutur kata yang sopan dan pergaulan yang mesra.

Bagaimanapun, katanya mementingkan kecantikan dalaman tidak bermakna mengabaikan kecantikan luaran seperti kebersihan diri dan pakaian kerana Rasulullah mengingatkan umatnya supaya mengambil berat terhadap penampilan diri yang bersih dan menyenangkan mata memandang.

Sementara itu, juruhebah yang juga penerbit di IKIM.fm, Zarita Kasim, berkata pengalaman bertugas di konti mengajarnya mengenai erti kecantikan yang selama ini lebih menekankan aspek luaran.

Katanya, bertugas di konti tanpa dilihat pendengar mungkin menyebabkan ada yang berpandangan bahawa juruhebah tidak perlu secantik pengacara televisyen yang dilihat secara langsung oleh penonton di luar.

Bagaimanapun, katanya pengalaman dihubungi pendengar buta mengajar bahawa suara juga perlu secantik rupa paras. Ini tidak bermaksud perlu merdu dan suara gemersik, tetapi kesantunan berbicara dengan pendengar.

"Orang buta menilai orang lain berdasarkan suara. Cara menjawab akan dinilai sebagai kecantikan diri, berbanding pendengar celik yang mungkin melihat rupa kita," katanya.

Pemegang sarjana dalam pengurusan maklumat itu berkata, kawalan emosi juga penting dan biar apa pun yang berlaku di dunia luar, tetapi sebaik memasuki konti, kecantikan suara dari segi budi bahasa amat penting, apatah lagi IKIM.fm yang mempunyai peranan menyalur pendidikan berkaitan Islam.


Panduan daripada Nabi Muhammad SAW berhubung soal keindahan diri; Nabi Muhammad SAW, mengajar umat supaya sentiasa berdoa dan memohon agar dikurnia akhlak yang indah, sama seperti Allah SWT memperindah penciptaan diri atau jasad.






::nina says::
Ya Allah! Sebagaimana Engkau memperindah kejadianku,
perindahlah juga budi pekertiku dan kurnialah daku rezeki…

amin...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

0 Leave Here, Comments and Lovely Words: