♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Tips: Adakah Anda Hidup Dengan Bahagia? 3 Tips Dan Rahsia Kebahagiaan Dalam Diri ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Kita semua tahu,
bahawa wang tidak boleh membeli kebahagiaan kan?


tetapi banyak kali kita bertindak seolah-olah kita akan lebih bahagia dengan wang yang banyak. Kita selalu ingin menjadi kaya walaupun kita tahu kaya kadangkala tidak membahagiakan kita. kita dilatih untuk mendapatkan segala-galanya terbaru, latest dalam pasaran, maka kita akan mempunyai keinginan mendapatkan lebih banyak wang kerana dengan begitu, kononnya kita akan mempunyai kehidupan yang baik. tapi betul ke?


Adakah semua itu akan membawa kita kebahagiaan? Tidak peduli berapa banyak yang kita perolehi, tidak peduli berapa banyak wang yang kita miliki di bank, tidak peduli betapa baiknya pakaian kita atau kereta, handphone, gadget, tak satu pun akan membuat kita lebih bahagia. Dan antara yang menyedihkan ialah bahawa keinginan itu boleh membawa kita puluhan tahun mengejar kekayaan dan barang mewah sebelum kita menyedari hal ini.


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::





Jadi apa yang akan membawa kita kebahagiaan? Beberapa kajian dan eksperimen telah dilakukan oleh pakar-pakar di seluruh dunia. Dengan kajian-kajian dari ratusan ribu orang ini , maka kita dapat ketahui tentang apa yang mereka miliki, apa cara hidup mereka dan betapa bahagianya mereka. Anda tak nak bahagia ke?


Hasil daripada kajian kajian tersebut, nina dapati terdapat
Tiga Rahsia Kebahagiaan iaitu:-


Hubungan yang baik.

Kita mempunyai keperluan manusia untuk menjadi rapat, dekat, menjadi akrab dengan manusia lain. Memiliki kawan baik, ikatan perkahwinan, ikatan kekeluargaan yang kuat atau hubungan dekat dan penuh kasih dengan ahli keluarga kita akan membuat kita berkemungkinan untuk menjadi bahagia. maka ambil waktu, seharusnya mulai hari ini untuk menghabiskan masa bersama-sama orang yang kita kasihi, untuk memberitahu mereka yang mereka sangat-sangat bermakna bagi kita. betapa kita sayang kepada mereka.


Berfikir positif.

berfikir secara positif adalah cara terbaik untuk mencapai kebahagiaan. Optimisme dan harga diri adalah beberapa penunjuk terbaik daripada orang-orang yang menjalani kehidupan yang bahagia. Orang-orang bahagia merasa bertenaga, mengendalikan kehidupan mereka, dan mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan.


Lakukan perkara yang disukai.

Kita sering tenggelam dalam tugas kita, sehinggalah masa berlaku tanpa kita sedari. ianya ternyata merugikan diri sendiri. ingat, kehidupan kita adalah sekali dalam seumur hidup. maka, cari pekerjaan yang anda sukai. Serius! nina rasa ini merupakan langkah yang sangat penting. Cari hobi yang kita sukai! nikmati hidup kita sepuas-puasnya.


wahh... panjangnya nina tulis! hihi...
akhir kata dari nina,

Hidup mestilah enjoy!
ngee


::nina says::
wang boleh dicari,
tetapi kebahagiaan?
sukar untuk ditukar ganti...

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

4 Leave Here, Comments and Lovely Words:

kay yea said... [Reply to comment]

lagi stu..senyum..hehe :)

nina syakina said... [Reply to comment]

@kay yea

hihi... betul tuhh... senyummm.... ngee sampai nmpk gigi... hihi ^
kan.. kan..?

misz jue said... [Reply to comment]

nice entry..^_^

kebahagiaan tak boleh dibeli dengan duit...

nina syakina said... [Reply to comment]

@misz jue

yupp... dan jgn mengukur kebahagiaan dgn wang ringgit...