♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Tips: Beberapa Tips Atau Pantang Larang Pasal Makan, Jangan Ingat Makan Tiada Pantang Larang ::

Share


Orang zaman dahulu kaya dengan pantang larang kan???

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kadang kala kita suka buat2 lupa dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 masa kecil... yelah, kalau cakap benda yang betul pun mana laa budak2 kecil nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua pasal makan...




PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:-

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.




::nina says::
ingat lagi opah cakap,
masa makan jangan suka kuis-kuis nasi...
entah... tak tahu pasal apa... ngee


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

0 Leave Here, Comments and Lovely Words: