♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Surat Cinta Untuk Hati, Dari Hati Ini ::

Share


Duhai hati,
mengapa kamu gundah gulana?
kata hati, "aku dilahirkan berpasangan.
namun, setelah pasanganku tiada, aku menjadi tidak keruan..."

Duhai hati,
usahlah dikau gundah gulana. bukankah itu keputusanmu,
untuk melepaskan dia pergi? relakan dia pergi.
bukakanlah pintu hatimu, lepaskanlah ia pergi...

Duhai hati,
adakah pasanganmu di sana sudah tidak memerlukanmu lagi?
adakah kamu bodoh, menunggu buah yang tak akan gugur ke bumi?
namun adakah kamu yang salah sangka?
tapi, jika kamu tersilap kata, mengapa
berbulan-bulan lamanya dia cuba mengasingkan
dirinya darimu, apakah kamu tidak sedar?
atau kamu buat-buat tidak sedar?

alasan demi alasan tercipta. sampaikan kamu mengiakan segalanya.
kamu tidak pernah membenci dia.
malahan, kamu sangat-sangat sayangkan dia.
sangat-sangat cintakan dia. sangat-sangat rindukan dia.
tapi benarkah dia jua merasakan yang sama?

kegagalan dirinya? adakah itu puncanya?
menyesalkah dia selama berada disampingmu?

Kata hati ini,
aku tidak pernah menyesal berada di sampingnya.
bahkan aku sentiasa diulit bahagia,
walaupun jasadnya jauh, tapi hatinya dekat padaku.
namun, semenjak peristiwa itu,
dirinya bagaikan cuba menjauhkan diri dariku.
jauh... semakin jauh... semakin jauh...

Katanya aku tidak sempurna di matanya.
maka, mungkinkah di hatinya berkata begitu jua?

Duhai hati,
andai kata dia memang untukmu, bersabarlah
semoga suatu hari nanti ia akan balik kepadamu...
berdoa kepada penciptaMu...
kerana kamu insan yang lemah...


::nina says::
dilanda kesunyian dan keperitan...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

2 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Unknown said... [Reply to comment]

awak sabar yer..saye pon ase cm ni gak perit hhuhuhu

Gayahspears said... [Reply to comment]

sedih la surat cinta ni :( nina ni....