Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~
Sudah menjadi lumrah seorang wanita mementingkan kesempurnaan terutamanya jika bercerita tentang kecantikan. Semuanya harus ‘tepat’ dan kena dengan kita. Kalau boleh, segaris calar mahu sehelai bulu yang tidak diingini pun tidak mahu kita lihat di tubuh. Benar, itulah sifat semula jadi seorang wanita. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Kerisauan paling utama, semua wanita tidak suka akan BULU TAMBAHAN pada wajah atau tubuh mereka. Agaknya, kawasan mana yang paling mudah dapat dilihat bulu-bulu halus ini? Bagaimana pula caranya untuk kita menghilangkannya dan mengembalikan keyakinan dalam diri?
Alamak! Kenapa banyak sangat bulu di KAKI dan TANGAN ni?
Bulu yang ada pada tangan dan kaki anda sebenarnya adalah untuk melindungi kulitmu itu. Bakteria dan debu yang berterbangan akan menyebabkan kulit mendapat ruam jika dipandang remeh. Bulu roma yang ada pada tangan dan kaki anda, selagi bulu-bulu tumbuh secara normal dan tidak ketara, janganlah risau kerana ia bukanlah masalah yang besar. Namun jika ia tumbuh lebat, mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa dan merendahkan keyakinan diri.
Apa perlu anda buat:-
Anda perlu melakukan waxing secara rutin. Tahukah anda, bulu baharu tumbuh lebih lebat? Jika anda memandang ringan soal pertumbuhan bulu roma, masalah besarlah jawabnya! Sapukan tubuhmu dengan losen yang sesuai dengan kulit anda setiap kali selepas mandi.
Tak sukanya KETIAK berbulu!
Walaupun anda membenci kehadiran bulu ketiak, ia sebenarnya bagus untuk kesihatan. Setiap helaian bulu ketiak mempunyai minyak terutamanya pada suhu yang panas. Fungsi minyak ini mudah saja, melindungi kulit nipis di bahagian bawah lengan daripada serangan bakteria. Ia menjadi penghalang debu sekiranya kita berpeluh. Jika kita mengambil mudah soal penjagaan kebersihan bahagian ini, ia akan mewujudkan bau yang kurang enak. Jika memikirkan tentang kecantikan, sudah tentu bulu-bulu yang ada mengganggu pemandangan terutamanya jika anda memakai baju tanpa lengan.
Apa perlu anda buat:-
Ikut cara yang sesuai untuk membuang bulu ketiak anda. Cabut atau mencukurnya tidak mempunyai sebarang masalah, asalkan anda selesa dengan cara begitu. Jika anda mahu membuang bulu ketiak, lakukan semasa mandi. Ingin diingatkan, jangan oles deodoran sebaik sejurus anda membuang bulu ketiak kerana pori-pori kulit pada bahagian tersebut terbuka lebar sehingga boleh menyebabkan iritasi. Masalah ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan kerana bahagian ketiak anda boleh berubah menjadi hitam. Jika mahu mengoles deodoran tunggulah setengah jam selepas membuang bulu ketiak. Bukan apa, ia adalah untuk memberi masa kepada pori-pori kulit ketiak tertutup seperti biasa.
Sumber

::nina says::
tiba-tiba cakap pasal bulu nih,
teringat dekat mamak jual roti canai...
eeee...
tiba-tiba cakap pasal bulu nih,
teringat dekat mamak jual roti canai...
eeee...
2 Leave Here, Comments and Lovely Words:
euuwwwww......
xska makan kedai mamak sebab geli tgk bulu mamak..
hoho
assalam...
nice blog dear...
jemput lawat blog sya juga ya... :)
www.beautyummi.blogspot.com
Post a Comment