Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~
Ada apa dengan April Fool?
April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya,(1 April), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiannya diarahkan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya meraikan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
nina jumpa artikel nihh...
tapi kesahihannya belum dikenalpasti...
lagipun, buat apa nak kenakan orang pada hari ini?
::nina says::
nina hari-hari kacau orang...
tak payah tunggu April Fool...
hehe... ^^
3 Leave Here, Comments and Lovely Words:
nadia pernah juga terbaca kisah ni sblm ni..
ya... nina ngan cacing sama... hari2 kita leh kenakan orang.. watpe nak tgu aprillfool... dah la sehari je.. tak best... =)
betul la tue .
sejarah april fool ..
bdk2 skrg nie main redh jea ape2 pun .
org nasihat pown takmao dgr..
Post a Comment