♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: 10 Peraturan Untuk Setiap Bapa Yang Ada Anak Perempuan, Perlu Dan Patut Beritahu Kat Boyfriend Anak Masing2 ::

Share
commeyy kan budak nihh...hihi



Kepada Boyfriend anak aku,


Peraturan 1: Kalau kau sampai kat pagar rumah aku, pastu dok hon hon, pastikan ko bawa barang yang nak dihantar... sebab ko takkan ambik apa2 atau sesapa...



Peraturan 2: Jangan kau pegang2 anak aku depan atau belakang aku. kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo kau takleh jaga tangan kau dari dok pegang2 anak aku... aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau kat umah...



Peraturan 3: Aku tau sekarang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar kau takkan terbuka atau dibuka semasa berdating dengan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar kau kat pinggang...



Peraturan 4: Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti. Mari sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh... dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?



Peraturan 5: Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik dengan aku ni sebagai calon bapa mertua kau... kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa, aku tak mau dengar semua tuh. Satu je topik yang aku minat nak dengar: bila kau nak hantar anak aku balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”



Peraturan 6: Aku rasa kauni handsome, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut... aku takde hal ngan kelebihan kau tu... selagi anak aku pun ok dengan kepopularan kau. Tapi, sekali kau dah couple dengan anak aku, kau jangan pandai2 cari perempuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan kau atau dia break-off ngan kau. Kalau kau wat anak aku nangis, aku pulak akan wat kau nangis...



Peraturan 7: Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau kau nak orang yang punctual, kau boleh dating ngan mat askar. Kalau kau bosan menunggu kat luar tu, tolong le buat apa yang patut, cam basuh kereta aku atau cat pagar rumah aku ni...



Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah di larang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang boleh duduk2 atau baring2, tempat2 yang tiada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersuka ria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan... pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan...



Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy2 aku. Kalau aku tanya kau nak pergi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang je nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala kau kat belakang tu, takde sapa2 yang nak tanya. Jangan main2 ngan aku...



Peraturan 10: Kau patut takut dengan aku ni... kalau boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalau ada orang datang rumah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak... aku ingatkan komunis. Nanti dah abis dating, sampai kat pintu pagar, buka pintu kereta dan angkat dua2 tangan kau tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang kau nampak kat tingkap rumah aku ni ialah teropong senapang sniper aku...





Sekian,




Yg ditakuti,
Bapa Kepada Girlfried kau.










::nina says::
hahaha... sengett jekkk...
memang patut buat macam nihh kan?







Credit to Mohamad Taufik Rosli





Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

8 Leave Here, Comments and Lovely Words:

suichi said... [Reply to comment]

hahahahahaahha~~~ tersangatlah lawak,.. tapi memang patot pun rasanya... kan kan

ddfirdaus said... [Reply to comment]

cutenye..anak sapa la ni...

ddfirdaus said... [Reply to comment]

saya setuju ngn mommies lain..susu tak kan kering selagi kite bf dan pump. saya hari tu outstation seminggu lebih. malas dah nak pump.. anak dah dekat 2 tahun, tapi still gagahkan jugak at least 4x sehari pump, bile balik direct feed kat anak rasanya ok je coz bb dah tak mo fm lagi kat rumah. full bf lagi..alhamdulillah..

ddfirdaus said... [Reply to comment]

saya punye 2nd comment tu salah tempat ye..maaf..tu komen untuk orang lain rasanya..

nina syakina said... [Reply to comment]

suichi, mmg lawak kan...huhu

nina syakina said... [Reply to comment]

dbalkis,
its ok...hihi~

Unknown said... [Reply to comment]

ngerinya.... nanti bagi tau nama anak ekk takut anak aku terngorat anak lak kang..
kuman "ketagihan blog?.." Entry

nina syakina said... [Reply to comment]

@Kuman Chaos


hahaha.. jgn wsau laa...~