♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Siapa Kata Pointer, Gred Segala2nya. 4.00 Flat Tidak Bermakna Anda Seorang Yang Berjaya. Pointer Rendah Pun Boleh Berjaya ::

Share


Siapa Kata,
Pointer, Gred, Cgpa Tinggi, Anugerah Dekan Segala2nya?
4.00 Flat Belum Tentu Anda Seorang Yang Berjaya...
Pointer Rendah Pun Boleh Berjaya Tau!!!






MOSCOW - Seorang pakar fizik kelahiran Rusia, Konstantin Novoselov yang memenangi anugerah berprestij Hadiah Nobel Fizik tahun ini pernah mendapat banyak gred B ketika dia belajar sebuah universiti di sini pada 1990-an.

Pihak Universiti Teknologi dan Fizik Moscow (MFTI) menyiarkan di laman web kad-kad laporan peperiksaan Novoselov semasa beliau menuntut dari 1991 sehingga 1994 lalu.

Beliau yang diumumkan sebagai pemenang Nobel Fizik bersama seorang rakannya, Andre Geim juga dilaporkan tidak begitu mantap dalam pendidikan jasmani, iaitu mata pelajaran wajib di Rusia.

Novoselov, kini berusia 36 tahun dan tinggal di Britain, hanya mendapat gred B untuk subjek itu selain banyak lagi B dalam mata pelajaran teori dan fizik gunaan sepanjang lima tahun belajar di MFTI dan gred C bagi Bahasa Inggeris.

Universiti itu turut melaporkan Geim yang merupakan antara pelajar bijak ketika belajar di universiti itu dari 1976 sehingga 1982 turut memperoleh gred B untuk subjek ekonomi politik Marxis dan Bahasa Inggeris.

Novoselov dan Geim memenangi hadiah itu kerana mereka menemui satu bentuk karbon yang kuat dikenali sebagai graphene. - Agensi

Sumber Kosmo



::nina says::
yang penting usaha secara luar biasa dan tawakkal...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

2 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Hafidzah Hafidz said... [Reply to comment]

btol3..pointer rendah tak bererti kita fail kan..rezeki masing2.. =)

nina syakina said... [Reply to comment]

yuppp... nina setuju!!