♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Adakah Anda Suka Mengumpat? Mengapa Manusia Suka Mengumpat? ::

Share

Potpet... Potpet... Potpet... tak habis2...
dari duduk luar rumah, sampai laa bawa ke dalam rumah...
24 jam tidak berhenti bercakap...

Kenapa anda mengumpat?
Mengumpat nih seronok ke?
ada rasa macam makan aiskrim Cornetto ke?


TAHUKAH ANDA? MENGAPA MANUSIA SUKA MENGUMPAT?

SmileyCentral.com


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::





Menurut Imam al-Ghazali, banyak sebab mendorong seseorang itu suka mengumpat...

Antaranya ialah:-

Menghilangkan kemarahan. Apabila seseorang itu marah terhadap seseorang maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu. Mengumpat lebih teruk lagi jika dicampur dengan hasad dan dengki.

Menjaga hati kawan yang mengumpat. Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain, orang mendengar itu turut serta menambah cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yang diumpat semata-mata untuk menjaga hati kawannya.

Berasa terhina. Apabila seseorang membuat kenyataan umum, ia rasakan bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya dan ia berasa terhina. Tanpa berfikir panjang, lalu diumpat orang itu.

Melepaskan diri. Apabila berlaku sesuatu kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.

Menunjukkan kebaikan diri sendiri. Seseorang yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain. Dalam hal ini ia menyebut mengenai kelemahan dan keburukan orang lain.

Dengki. Apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat Allah, dia berasa dengki lalu menceritakan kelemahan dan kekurangan orang lain. Kadangkala ia mendakwa, dialah yang lebih berhak mendapat anugerah itu.

Tujuan bergurau. Bagi membolehkan senda gurau dan lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.

Menghina orang. Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan dan memalukan orang lain ialah dengan menceritakan keaibannya.



::nina says::
cukup-cukup laa mengumpat tuhh...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

4 Leave Here, Comments and Lovely Words:

una said... [Reply to comment]

thanks share infoo ^___^

My Little Diary said... [Reply to comment]

salam
dorang rasa puas ati kot mengumpat tu... kekeke

YanaHime said... [Reply to comment]

mengumpat lagi best dr ais krim cornetto...sebab tu laa org lebih suka mengumpat dari makan ais krim...

p/s: akak lagi suka makan ais krim

Unknown said... [Reply to comment]

ngee..
kt mner2 jew 0wg y mengumpt nyh ader...
p mengumpat nyh mmg sush nak ngelak kn..
hee...~