♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Keterangan Lanjut Mengenai Program Geng Bas Sekolah (GBS) ::

Share
Salam Blogger...
Buat pertama kalinya kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana sudi menyertai program Geng Bas Sekolah ini. Nina dan Rakan-rakan sudah merancang untuk mengadakan program ini sudah sekian lama... sampai dah berhabuk entry ini di dalam draft... uhuk... uhuk... maaf ya... batuk sikit... ^^



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::




Tujuan Program

Pada mulanya, tujuan asal kewujudan program GBS ini adalah kerana kesukaran kami untuk menjejak kembali teman-teman Blogger yang rajin singgah di rumah kami... ye laa... masa tuhh, rumah kami tiada 'ring bell', susah nak tahu siapa tetamu yang datang... tapi sekarang, zaman dah berubah maju, dunia pun dah canggih... siap pasang 'CCTV' lagi... huhu...

so, sekarang tujuan program ini diubah sedikit tentatifnya... jaluran rangkaian GBS ini diperluaskan lagi, seperti P1WIMAX, WiFi, STREAMYX dan BROADBAND... hihi... ^^

Program GBS ini bertujuan untuk menghimpunkan Blogger-Blogger Tegar dan Blogger-Blogger Baru di bawah satu bumbung (mana rumahnya?) agar tiada jurang yang memisahkan kami. waima program ini adalah satu landasan untuk kita saling mengenali antara satu sama lain di samping untuk menaikkan traffik masing2 terutamanya Blogger-Blogger yang baru bertatih. Program ini tidaklah mewajibkan anda untuk membuat sebarang entry atau tagged kepada rakan-rakan Blogger yang lain. tapi, kalau nak uar-uarkan, apa salahnya kan... kui... kui... Ianya cukup mudah!


Bagaimana ianya berkesan?

Kami, iaitu nina dan beberapa lagi Blogger tegar (Fasi- fasi yang 24 jam mengadap Blog, identiti dirahsiakan atas permintaan) akan memastikan setiap blog peserta akan dilawati hampir setiap hari selain itu secara tidak langsung ianya membantu peserta-peserta mempromosikan blog mereka kepada rakan-rakan yang lain. ianya adalah PERCUMA! tidak memerlukan sebarang bayaran. ^^

Bagi anda yang suka mengumpul follower dan suka mencari kenalan baru, program GBS ini adalah pilihan yang tepat. Ini kerana program ini berusaha untuk mengumpulkan semua rakan-rakan yang aktif berblogging seperti anda. Kita akan berkesempatan untuk berkenalan dengan semua peserta-peserta GBS. Beberapa orang Fasi mencadangkan untuk membuat Review Terjah Blog setiap hari. Insyaallah, ianya akan dipertimbangkan oleh admin. huhu...

Rasanya, sampai di sini dahulu penerangan kami. sekiranya terdapat masalah, atau salah faham, atau apa-apa sahaja, boleh hubungi kami ataupun berikan komen-komen anda di sini... sebarang maklumbalas adalah sangat-sangat dinanti...


salam sayang dari kami,
Fasi Geng Bas Sekolah



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

2 Leave Here, Comments and Lovely Words:

^^ said... [Reply to comment]

saya dah tinggalkan nama blog, di harap kak nina sudi publishkan blog saya :)

Unknown said... [Reply to comment]

camna nak join ye???