♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Apabila Mahasiswa Saudi, Ahmad Jaffar Membaca Dan Memberi Penerangan Tentang Al-Quran Di Dalam Gereja Di Amerika Syarikat ::

Share


Salam Blogger...
mari kita singkap kembali,

apakah tugas kita sebagai khalifah di bumi Allah ini?


iyaa...
mengajak manusia ke arah kebaikan
dan meninggalkan segala keburukan...

namun adakah kita menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah s.w.t?


sudah... sudah... sudah... sangat serius pula entry nina kali ini...
di sini nina nak ucap terima kasih kepada encik azhar,
tuan tanah kepada blog Explore the world at your fingertips
yang sudi memberi kebenaran untuk nina share info ini di sini...
blog beliau sangat2 best! penuh dengan info dan orang macam nina memang sangat2 suka mencari ilmu di situ...
walaupun kadang2 menjadi 'nina, si stalker'.... wakaka




berbalik kepada kisah seorang pemuda iaitu mahasiswa dari saudi arabia,
yang sangat berani tampil untuk berdakwah ke jalan Allah...
sama2 kita baca artikel menarik di bawah...





:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::




Seorang mahasiswa Saudi di Amerika Syarikat membaca beberapa ayat dari surah Maryam di dalam sebuah gereja di depan puluhan orang dari berbagai bangsa dan agama yang berbeza untuk memberikan mereka pemahaman yang benar berkaitan banyaknya pertanyaan terhadap ajaran Islam dan Al-Quran.

Surat khabar Sabaq melaporkan bahawa pembaca Al-Quran tersebut bernama Ahmad Jaffar, MA seorang mahasiswa pascasarjana. Dan pembacaan serta penjelasannya tentang Islam dan Al-Quran memiliki kesan yang sangat signifikan di hati para hadirin yang mendengarkannya, serta menjadikan peristiwa tersebut topik perbincangan banyak media di mana seorang mahasiswa muslim membacakan ayat Al-Quran dengan indah di dalam sebuah gereja.

Surat khabar tersebut menambahkan: "Sejumlah besar peserta mengajukan pertanyaan berkait tentang Islam kepada mahasiswa asal Saudi yang berada di dalam gereja tersebut." Dilaporkan juga bahawa mahasiswa Ahmad Jaffar yang membaca ayat Al-Quran di dalam gereja tersebut merupakan sebahagian dari acara World Festival of Justice, yang disertainya.

Ahmad Jaffar kepada media menyatakan bahawa dirinya menyedari bahawa pengetahuan akademik telah menghasilkan banyak penyebaran kebudayaan Islam di Amerika, meskipun ada banyak agama, kebudayaan dan sebagainya namun kita semua hidup di satu planet yang sama dan kita harus menerima banyak perbezaan tersebut.

Surat khabar Sabaq dalam laporannya memuji langkah mahasiswa Saudi tersebut dan menekankan bahawa tindakan itu mampu memberikan gambaran yang cerah untuk umat Islam.

Di mana ayat Al-Quran yang dibaca indah di dalam sebuah gereja akan memberi sokongan keterbukaan untuk adanya dialog kepada banyak orang sehingga mereka boleh mengetahui dan memiliki pandangan yang benar terhadap Islam.

http://www.eramuslim.com




::nina says::
berhenti membuat kemungkaran
dan belajar mengamalkan membuat kebaikan...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

3 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Encik MamaT said... [Reply to comment]

nina... kadang2 tu sikap kita jugak yang menunjukkan sikap buruk... itu menjauhkan mereka dari islam...

nina syakina said... [Reply to comment]

@Encik MamaT


yupp... betul tuh encik mamat.. dan kadangkala,, sikap kita sesama islam sendiri pun buruk...

Anonymous said... [Reply to comment]

thanx 4 the backlinks...