~~~~~~~
Apakah Hukum Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina?
Penganut agama Buddha ada dua perayaan besar, perayaan tahun baru iaitu Chinese New Year dan perayaan agama iaity Chap Goh Mei...
Perayaan agama seperti Chap Goh Mei haram kita sambut...
tetapi, bagi perayaan tahun baru, sesetengah ulama membenarkan kita memenuhi undangan rakan-rakan berbangsa Cina...
tetapi, sekarang ini dah jarang dah dorang buat open house... hoho...
ada kawan nina, siap pergi jalan-jalan tengok wayang masa Chinese New Year...
Cheongsam? Angpau? dorang dah tak hairan dah... huhu...
budak-budak zaman sekarang... ngee
Apa Itu Chap Goh Mei?
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei. Ianya disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
4 Leave Here, Comments and Lovely Words:
1M..1M jgakkan nina..tp mana yg halal @ haram tetap kena utama kan..
thanks for sharing nina..
dulu kecik2 penah la pergi open house
CNY kwn ayah..
tahu tape! jangan nak 1M sangt!
Post a Comment