♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Isu Tudung, Isu Aurat, Tudung Syurga Neraka, Sila Ambil Iktibar Yaa! ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


klik untuk tumbesaran

Kewajipan Menutup Aurat



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::




baru-baru ini, semua sudah sedia maklum, tentang kekecohan isu tudung...
entah laa... isu-isu begini memang senang popular kerana 90% perempuan beragama islam di Malaysia ini mengenakan tudung... termasuklah diri nina sendiri... so, bila ada individu-individu yang berkata-kata (tidak kira laa tentang perkara-perkara yang baik atau buruk), sedikit sebanyak kami akan terkena tempiasnya... memang tidak salah untuk menegur, tetapi haruslah kena gaya dan tempatnya... bukan main hentam kromo sahaja... bukan semua perempuan boleh menerima bila anda sekalian menuduh kami menaikkan nafsu syahwat anda, menyalahkan kami 'over' dalam berpakaian, terlampau berwarna-warni dan sebagainya... semua sudah maklum, perempuan ini jiwanya halus, sensitif... tercalar sedikit berbekas berpuluh-puluh tahun... kan... kan...


kebelakangan ini, nina pun perasan, kadang-kadang ada yang
BERTUDUNG TETAP BELUM SEMPURNA MENUTUP AURAT,

nina pun mengaku, kadang-kadang nina pun begitu...
namun semua orang masih lagi mempunyai peluang untuk berubah...

dari yang berambut perang, berubahlah berambut hitam,
yang berambut hitam, berubahlah memakai selendang,
yang memakai selendang, berubahlah memakai tudung kecil,
yang memakai tudung kecil, berubahlah dengan tudung menutupi dada,
yang memakai tudung menutupi dada, cuba-cuba laa memakai tudung yang labuh sedikit...
insyaallah... lama-lama, kita akan terbiasa dengan perubahan ini... ^^


nina bertuah sebab masih lagi ada mama dan abah yang selalu menegur tentang pemakaian nina... especially abah... dia selalu cakap,

"nina cantik pakai tudung tuhh, tapi apa kata yang belah kanan tuhh labuhkan sedikit"

terima kasih abah selalu ingatkan nina... dan yang paling penting, cara abah menegur tuhh, langsung tidak mengguriskan lagi hati nina... ^^


kesimpulan di sini, buat lelaki-lelaki yang di luar sana, mungkin kadang kala tidak berpuas hati dengan cara perempuan-perempuan berpakaian, apa kata anda tegur mereka dengan cara yang betul dan secara lemah lembut... tegur ibu anda dengan bersopan, tegur rakan perempuan dengan hormat, tegur adik-beradik dengan lemah lembut, tegur pasangan hidup dengan kasih sayang... insyaallah... terbuka hati mereka...

buat kaum wanita di luar sana,
Apa kata kita mulakan dengan melabuhkan hijab, shawl, pashmina, scarf, tudung kita biar menutup dada!



JANGAN JADIKAN TUDUNG ITU SEBAGAI MANGSA!



::nina says::
jom sokong kempen Wear It Right!


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

6 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Burungman said... [Reply to comment]

Luahan hati lelaki kepada wanita

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply to comment]

nice entry nina! nk tgo tu kne baek2, xley maen ktuk je.hehe.
_Wear It Right_

eyqaaman said... [Reply to comment]

good job nina. kita yg pakai tudung ni semua mula dr bwh dlu..mula2 mgkin singkat..tp lma2 nnt brubah juga..

Siti Rosni said... [Reply to comment]

Mari kita same2 berubah...
Terime kasih kpd nina kerana peringatan ini...

syanabel said... [Reply to comment]

thanks atas ingatan :-))

http://syafiqa-belle.blogspot.com/2011/01/aku-nabila-azali-bukan-ana-raffali.html

transformed housewife said... [Reply to comment]

salam Nina,

Akk setuju juga dgn apa yg Nina tulis kat sini. naluri perempuan mmg nak berhias tapi kita kena cuba juga spy selari dgn syariat Islam kan. tak de org yg sempurna pun sbb pemakaian sempurna belum tentu peribadi tu sempurna lg.