♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Resepi: Cara-Cara Membuat Sushi Sebenar ::

Share





Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

ini pula adalah cara-cara membuat sushi Jepun yang sebenar-benarnya...
boleh cuba juga nihh... senang sahaja... ^^




RESEPI: SUSHI JEPUN


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::




Bahan-bahan:

1/2 kg beras jepun
cuka (untuk sushi)
3 biji telur
1 batang timun
lettuce
udang
5 helai seaweed
mayonnaise

(boleh digantikan dengan bahan lain seperti tuna, ikan salmon)



Langkah 1:

masak beras jepun seperti masak nasi biasa. Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. kacau nasi dengan cuka rata-rata. biarkan nasi sejuk.


Langkah 2:
udang direbus dan dibuang kulit nya. Kemudian, telur dipukul sekejap dengan sudu dan goreng dengan sedikit minyak. bila dah masak, potong telur panjang2.


Langkah 3:
timun dipotong, buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. potong memanjang. kemudian, lettuce dibersih dan potong besar-besar (sehelai lettuce potong dua.)



Langkah 4:
ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut. kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. diikuti telur, timun, dan udang. akhir sekali masukkan mayonis.

kalau pakai tikar nih, alas dengan plastik tau... plastik yang bersih ok!


Langkah 5:
gulung makizushi tersebut padat-padat. kemudian potong kecil-kecil dan sedia dihidang.





catatan:
siapa yang tiada cuka jepun boleh modify cuka biasa.
sukatannya ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam.
didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi...


siap untuk dimakan! hihi
Itaadakimasu!


::nina says::
boleh jadi menantu orang jepun nihh... hihi

Resepi: Cara Cara Membuat Puding Karamel



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

6 Leave Here, Comments and Lovely Words:

zaheeyah said... [Reply to comment]

terus rasa mcm nak buat.. lapaarrr tiba2

Unknown said... [Reply to comment]

cuka tu mmg khas tuk sushi ke pakai cuka biasa je?

nina syakina said... [Reply to comment]

@Zaiya

try laa buat kak... huhu ^^

nina syakina said... [Reply to comment]

@ツ ar-fiey-za


klau dekat jepun, biasa pkai cuka jepun... tapi, kita takut waswas status halal cuka tersebut, so better pakai cuka makan yg biasa... sama je fungsinya... nk bagi rasa msm2 sikit... huhu

Azman said... [Reply to comment]

Resepi yang sebenar nasi sushi menggunakan beras jenis hikari dan dimasak dengan mirin (sejenis cuka), sake (arak jepun), minyak zaitun dan kombu. Beras harus direndam selama setengah jam sebelum dimasak. Setelah masak campurkan dengan cuka dan dikipaskan sebelum digulung.

rika said... [Reply to comment]

Nk tny, klu kita ltk tobiko(telur ikan), telur ikn tu kita masak ke @ mkn mentah