♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Resepi: Cara-Cara Membuat Sushi Versi Nina ::

Share



Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


sebelum ini, nina ada buat entry tentang sushi...
tak sangka pula ramai yang berkenan nak cuba resepi nihh...
Di atas permintaan 9W2URY, nazfa, nazihahisa, CekLa dan ramai lagi,
nina tunjukkan resepinya... tapi janji,
korang jangan gelak pulak!
sebab resepi nina nihh versi main masak-masak,
so, bahan-bahan dia lebih kepada selera tekak nina...
korang pun boleh juga cuba ikut selera tekak masing-masing... ngeee



RESEPI: SUSHI VERSI NINA


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::




Bahan-bahan:

beras biasa
3 biji telur
mayonnaise
gula
garam
cuka



Hiasan:

Apa sahaja jenis Sayur yang ada dalam fridge(peti sejuk)
contohnya kacang botol, lobak merah, lettuce, timun dan sebagainya.


memandangkan dalam fridge nina ada kacang botol je,
biasa laa nak masuk tengah-tengah bulan nihh... hehe
korang boleh guna apa sahaja bahan-bahan yang ada dalam fridge masing-masing, ikut kreativiti dan selera masing-masing yaa... ngee

cadangan
:-
nugget, fishball, fishcake, sosej, isi ikan, daging cincang, ayam cincang dan sebagainya...


Langkah 1:

Bersihkan beras dan masak nasi seperti biasa. Kalau suka makan sushi yang keras sikit, letak air seperti biasa. tapi, kalau suka sushi yang lembut, tambahkan air lebih sedikit daripada biasa. beras? tak kisah pakai beras apa pun. tapi kalau ada beras jepun lagi bagus. tapi susah sikit nak dapat kat Malaysia nihh... hihi


Langkah 2:
Dah masak nasi tu, campurkan gula, garam dan cuka sedikit je sesedap rasa. korang rasa sendiri nasi tu sedap ke tak. jangan tawar sangat. asal ada rasa, ok la tu. Selepas itu, korang gaulkan nasi di dalam mangkuk besar. gaul sampai rata... ingat!


Langkah 3:
pada masa yang sama, rebus bahan-bahan yang digunakan seperti yang dinyatakan di atas. macam nina, nina guna kacang botol je. sebab itu je yang ada dalam fridge. kantoi. hihi... kalau guna sayur yang keras seperti lobak merah, potong ia panjang-panjang yaa. bahan-bahan lain, selepas direbus, cincang halus-halus bahan tersebut. kemudian, goreng telur, goreng rata-rata macam telur dadar... apa fungsi telur ini? telur ini untuk menggantikan seaweed ya. tapi kalau ada seaweed lagi bagus...


Langkah 4:
Dah siap bahan-bahan, nina nak tunjukkan cara-cara untuk membentuk sushi pula. ada tikar sushi? kalau tak ada, boleh guna yang macam tikar dari Sarawak tuhh... alaa... yang buluh jalur-jalur tuhh... macam nih... kalau tak ada, pandai-pandai laa cari alternatif lain yekk...

kalau pakai tikar nih, alas dengan plastik tau... plastik yang bersih ok!


Langkah 5:
dah siap tikar sushi dan seaweed atau telur dadar tadi, kita letakkan nasi di atasnya. sebelum letak nasi tu, korang letak dulu mayonnaise kat atas telur dadar atau seaweed tu, then baru letak nasi. Lepas letak nasi, sapukan lagi mayonnaise kat atas nasi tu. bagi siapa yang tak suka mayonnaise, tak perlu letak yaa...


Langkah 6:
Sekarang boleh letak apa saja bahan-bahan korang nak letas atas nasi tadi. bagi yang nak letak lobak merah, letak dulu lobak yang dipotong panjang-panjang tadi dulu, baru letak bahan yang lain.


Langkah 7:
Ok, sekarang boleh mula menggulung sushi. gulung bersama-sama tikar itu untuk mendapatkan hasil yang cantik! Untuk menggulung ni harus ada tenaga yang kuat. gulung dengan bersemangat yaa. macam orang jepun kan, diorang sentiasa bersemangat.. hihi...


Langkah 8:
sekarang dah boleh potong sushi tuhh kecil-kecil... oh yaa... kalau ada balance nasi tuhh, jangan laa buang. gaulkan ia dengan bahan-bahan cincang tadi, dan kepal-kepalkan ia membentuk bola... tak semestinya bentuk bola je, boleh gunakan tupperware kecik untuk membentuk pelbagai bentuk seperti petak, segi empat sama, segi tiga dan sebagainya. ok, dah siap onigiri iaitu nasi kepal! nasi kepal ini sepatutnya kita letak inti ditengah-tengah yaa...


Onigiri=nasi kepal

~~~~

kalau guna seaweed, bentuk dia jadi begini...

senang bukan? ianya boleh dimakan dengan kicap ataupun sos...
ada wasabi lagi bagus! huhu


siap untuk dimakan! hihi
Itaadakimasu!


::nina says::
sedap sangat! hingga menjilat chopstick...
hihi...

Resepi: Cara Cara Membuat Puding Karamel



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

6 Leave Here, Comments and Lovely Words:

URY said... [Reply to comment]

Rumit juga yer... apepun sonok bila permintaan termakbul. Trm Ksh...

nina syakina said... [Reply to comment]

@9W2URY


hihi... tak ade laa rumit sangat... saje je tulis panjang-panjang... nanti tulis sikit-sikit, kang ada yang tak faham pula... hihi

eisyaawie said... [Reply to comment]

nak try laa jugak buat sushi....my family...suka sangat mkn sushi....lagipun kat kemaman ni...x der kedai jual sushi...

ritastory said... [Reply to comment]

mane nak dapat tikar sarawak tu kak ?

hafizhan said... [Reply to comment]

akak,klu nak guna cuka buatan boleh tak?guna cuka yg orang guna buat jeruk?

Anonymous said... [Reply to comment]

salam, nampak senang je nak buat. nak cuba lah. tp klu takde tikar buluh payah juga. takpe cari alternatif lain. thank for sharing.