♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Tips Berblogging: Apa Itu Alexa Traffic Rank Dan Apa Kegunaannya Bagi Website Anda? ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~




sebelum nina mulakan Review Blog Pilihan Nina Syakina,
nina nak beri sedikit pendedahan tentang perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh seseorang Blogger... sedikit pendedahan tentang ilmu-ilmu yang berguna, dan inilah sebenarnya rahsia kejayaan seseorang Blogger...


apa yang perlu korang tahu ialah berkaitan dengan SEO, Alexa Traffic Rank dan banyak lagi! kalau ada kesempatan, nina akan berkongsi apa yang nina tahu dengan anda... sekiranya nina silap, sila tegur yaa... ^^



Apa Itu Alexa Traffic Rank Dan Apa Kegunaannya Bagi Website Anda?


Alexa Traffic Rank adalah peringkat yang diberikan terhadap suatu website berdasarkan trafik atau banyaknya pengunjung. Data trafik atau pengunjung yang diperoleh alexa diambil dari toolbar alexa yang dipasang di setiap browser pengguna internet. Selain trafik, ada juga beberapa faktor lain yang berpengaruh dalam meningkatkan ranking alexa.

Berbeza dengan PageRank, Alexa Traffic Rank atau ranking alexa setiap website adalah berbeza-beza. Ranking alexa suatu website boleh mencapai sehingga puluhan juta! Tentunya semakin sedikit angka yang terdapat pada Alexa Traffic Rank, bererti ranking websitenya semakin tinggi.

Alexa Traffic Rank memang tidak berpengaruh terhadap SEO, tetapi tentunya Alexa Traffic Rank boleh meningkatkan promosi dan menunjukkan populariti website atau blog anda. Selain itu, jika website anda memiliki peringkat alexa yang sangat tinggi, anda sudah boleh disebut sebagai seorang webmaster!


Apa Kelebihan Memiliki Alexa Traffic Rank Yang Tinggi?

  1. Banyak yang ingin memasang iklan berbayar. (Nuffnang)
  2. Memenuhi syarat pada site-site tertentu, seperti paid review.
  3. Mendapatkan hasil yang lebih dari adsense, nuffnang, churp churp dan sebagainya.
  4. Membangunkan kreadibiliti terhadap website anda.
  5. Website anda akan lebih popular dan nampak lebih profesional.

Oleh yang demikian, anda perlu meningkatkan Alexa Traffic Rank website atau blog anda. Ingat Alexa Traffic Rank tidak hanya berasaskan trafik, tapi juga ada faktor yang lain.


to be continued...



::nina says::
malu bertanya sesat jalan...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

2 Leave Here, Comments and Lovely Words:

shah87 said... [Reply to comment]

SK baru tahu la..
hehehehehehe..

Kumbang Jingga said... [Reply to comment]

ranking blog kumbang kt alexa satu juta lebih je huhuhuh...cedey2..

http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/01/teknik-terhebat-untuk-menaikkan-traffic.html