♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Tips: Cara Cara Mengenali Masalah Usus dan Info Mengenai Kanser Usus ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

Tahukah Anda?

90% penyakit adalah berpunca daripada usus yang tidak bersih!




Tahukah anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan rektum? Ini adalah salah satu petanda gangguan kesihatan kerana dalam sesetengah kes, ia boleh membawa maut jika dibiarkan. Kebanyakan masalah pendarahan rektum boleh dikawal dan dirawat seperti ulser dan buasir.



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



Pendarahan dalam saluran pencernaan ataupun nama saintifiknya gastrointestin boleh berlaku tanpa disedari dan ia hanya dapat dikesan apabila darah keluar bersama najis. Saluran gastrointestin (pencernaan) ini terdiri daripada esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana bahagian gastrointestin ini.


Bagaimana Saluran Ini Boleh Terluka?

Ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan pendarahan pada saluran gastrointestin iaitu:-

1. Kehadiran asid perut berlebihan yang boleh menyebabkan keradangan dan pendarahan pada bahagian hujung esofagus dan keadaan ini dipanggil masalah asid refluks.
2. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori, pengambilan alkohol berlebihan, sentiasa mengambil aspirin dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan keradangan atau ulser perut dan pendarahan.
3. Ulser duodenum yang disebabkan jangkitan bakteria Helicobater pylori atau ubat anti peradangan bukan steroid (NSAIDs) dan aspirin.


Buasir
Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.

Simptom lain ialah sukar membuang air besar dan rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas. Pendarahan adalah gejala utama, hampir 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila buang air besar.

Pesakit selalunya mendapati darah akan keluar daripada dubur dan ada kalanya darah memancut.Pesakit juga rasa sakit setiap kali buang air besar bagaimana pun pada peringkat awal buasir tidak mendatangkan kesakitan.

Pada peringkat seterusnya, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk buang air besar, tetapi naik semula (masuk semula ke dalam dubur) selepas selesai meneran. Pendarahan akibat buasir jarang menyebabkan anemia.

Fisur atau rekahan pada kulit yang melapisi saluran dubur. Ini juga masalah biasa dan menyebabkan rasa sakit. Masalah ini lazimnya disebabkan sembelit atau memaksa najis keluar. Apabila kulit terluka, setiap pergerakan usus akan terasa sakit.

Pendarahan akibat rekahan kulit adalah sedikit, dan darah berwarna merah cerah. Pendarahan ini sering disalah anggap sebagai buasir. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja terutama kanak-kanak yang tidak cukup serat dan kurang minum air.

Polip atau ketumbuhan benigna pada usus. Juga kerap menyebabkan najis berdarah dan disalah anggap sebagai kanser. Darah daripada ketumbuhan ini berwarna merah cerah.

Kanser Usus
Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.


Bagaimanakah Cara Untuk Mengenalpasti Ada Darah Pada Najis?


1. Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
2. Ada ketulan darah bercampur dengan najis
3. Najis berwarna kehitaman dan melekit

Gejala Pendarahan Akut:-

1. Tiga tanda di atas
2. Cepat berasa lesu
3. Pening
4. Sesak nafas
5. Senak perut
6. Rasa mahu pitam
7. Cirit birit


Gejala Pendarahan Kronik:-

1. Semua tanda di atas
2. Badan terasa lemah
3. Sentiasa berasa penat
4. Sukar bernafas
5. Pitam



::nina says::
Jagalah kesihatan usus anda! ^^


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

12 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Hanis Azla said... [Reply to comment]

Thanks nina.. info yg baik untuk diambil perhatian ni..

nina syakina said... [Reply to comment]

@Hanis Azla

ur weLcome dear... ^^

Unknown said... [Reply to comment]

Thanks for the notes

Unknown said... [Reply to comment]

Takutnya baca...

Unknown said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..saya ada megalami sakit begini..boleh tak awak balas mesej saya ini melalui whatapps..ni no saya 0199250397..saya harap awak dapat tolong saya dengan peyakit yg saya alami berbulan2 ini..terima kasih

Unknown said... [Reply to comment]

Maaf ini no saya 0199240397..

mohd zuhairi bin noordin said... [Reply to comment]

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
..
.merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi

NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

mohd zuhairi bin noordin said... [Reply to comment]

ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BOLEH DIUBATI :

KANSER PARU-PARU
KANSER USUS BESAR
KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
KANSER PUNDI KENCING
LEUKIMIA
KANSER REKTUM/DUBUR
KANSER TULANG
KANSER OTAK
KANSER OVARI
KANSER HATI
KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
KANSER PAYUDARA
KANSER RAHIM
KANSER PROSTAT
KANSER PERUT
KANSER PANKREAS
KANSER PITUITARI
KANSER KELENJAR LIUR
KANSER VAGINA/FARAJ
KANSER KULIT
KANSER MULUT
KANSER HIDUNG
KANSER TIROID
KANSER TEKAK
KANSER TESTIS
KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
DAN LAIN-LAIN KANSER

Unknown said... [Reply to comment]

sis. minta bantuan. gf sy ad masalah buang air besar dan berdarah. sy takut lama kelaman akan menjadi cancer. bagaimana nak atasi. minga sgt bantuan sis. 0184696924 putra

Jejai said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.. Blh tak sy hubungi tuan.. Ni no fon sy..tuan blh msj sy..sy akan call blk 018 873 4366

Unknown said... [Reply to comment]

salam..sy juga ada mengalami buasir tahap 3.internal hemmeroid yg di sahkan oleh doktor..tp..sy masih kurang yakin dgn pengesahan doktor sbb darah yg keluar semasa buang air besar terlalu byk dan memancut..darah yg keluar masih merah muda..tp yg sy ingin tahu..adakah buasir juga berpontensi utk keluar dgn darah dgn byk..dan juga ada buat kolonoskopi dan mengesahkn tiada tanda2 pendarahan..so..doktor suspek darah tu datang dari buasir..tp..bg sy..masih belum berpuas hati krn doktor tidak memeriksa menggunakan kaedah endoskopi..sy bimbang darah itu dtg dari dlm perut..

♥♡ONEHOPE♡♥ said... [Reply to comment]

salam sis, boleh x kongsikan makanan untuk orang yang mengalami usus luka