♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Surat Merah Untuk Dia ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~



This entry is special to my beloved lover, My Soul.




Dear My Soul,
this is my first time write about you here.
welcome home, dear...
sekali masuk sini dua puluh sen! hihi... lalalalala... 


ok... ok... please behave nina...
mode serius... serius, pernah ke nina serius?


nina tak pernah serius...
Awak Utara, saya Selatan...
kadangkala terfikir,
boleh ke dua dunia yang berbeza ini bergabung?
awak Kutub Utara, saya Kutub Selatan,
sangat berbeza, tetapi kita sebenarnya saling memerlukan
walaupun kita berjauhan...


adakalanya, ada perkara yang tidak dapat diucap...
kadangkala, perkataan ini tidak pernah terucap...
boleh saya tahu apa yang awak tahu?
boleh saya rasa apa yang awak rasa?
boleh saya berkongsi apa yang awak lalui?
boleh saya berkongsi hidup susah dan senang bersama awak?
boleh saya... jadi sebahagian daripada hidup awak?


saya dah lama nak gembirakan orang yang saya sayang...
gembirakan orang yang sayang saya...

tapi saya sedar kita berbeza, cara hidup kita berbeza...
awak orang laut, saya orang darat,
tapi bukan itu masalahnya...
cuma pemikiran kita berbeza...
kadangkala pemikiran awak A, pemikiran saya B.
bagai langit dengan bumi bukan?
tapi saya tahu, kita sebenarnya berkongsi satu dunia yang sama...
susah payah kita harungi bersama...


penat tak hidup dengan saya?
seorang yang tak mampu buat awak sentiasa gembira...
seorang yang suka merajuk dengan alasan kadangkala tak logik...
seorang yang mementingkan diri. seorang yang tak pandai menghargai.


kadangkala...
saya tahu... saya sedar siapa saya...
saya tahu... saya sedar saya tak sempurna...


kisah kita bukanlah kisah Romeo dan Juliet yang mahu terjun bersama.
saya juga bukan Cinderella yang pakai kasut kaca...
kerana kasut kaca itu mahal harganya. tak mampu saya...
tapi, saya tahu, awak mampu berikannya...
cuma kadangkala saya rasa saya tak layak menerimanya...
bagaimana kalau kaca itu pecah? saya tidak mampu menggantikannya...


Sayang,
awak ingat kali pertama kita jumpa?
awak ingat bila? awak ingat di mana?
kali pertama kita berjumpa pada 5 tahun lepas?
hanya awak dan saya, kita berdua bersama, berjanji bersua...
saya jatuh hati pada awak, dan awak pun sama...
hampir setahun perkenalan, saya ucap saya sayang awak...
ekspidisi cinta kita bermula di sini...
namun begitu, pelayaran kita hampir karam di tengah laut mati...
mujurlah, laut mati membolehkan kita terapung...
masih mampu teruskan hidup...
lebih-lebih lagi sebab awak pandai berenang...
jangan risau tentang saya...


saya akan terus terapung dan teruskan perjalanan hidup
seperti kapal di lautan...
sehinggalah, awak berjaya selamatkan diri ke darat,
dan kemudian lekas kembali ke laut bersama bot,
menghulurkan tangan, dan menggapai tangan saya erat-erat...
pada ketika itu, 1001 perkataan yang berada di minda saya
 yang tak dapat diucap dengan kata-kata mahupun perbuatan...
awak dan saya, berdua...


terima kasih awak...
terima kasih 'pinjamkan tangan awak'
'pinjamkan telinga awak'
dan kini 'pinjamkan bahu awak'
tempat luahan perasaan saya...



until now...
thanks a lot...
always be my 'Love', 'Sayang', 'Abang', 'Bambam'

Heart you... 




::nina says::
kebahagiaanmu, kebahagiaanku. 


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

0 Leave Here, Comments and Lovely Words: