♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

:: Malas Minum Air Kosong? Ketahui Rahsianya ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~




Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia?


Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat.

Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam ‘menu wajib’ anda.

Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :

1. Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
2. Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
3. Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
4. Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.


Kenapa Anda Perlu Minum Air?

Minum Air Kosong. Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.

Air juga penting sebagai agen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil.

Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.


Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!

Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan.. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.


Berapa banyak yang seharusnya kita minum?

Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.


Air dalam makanan kita

Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Jesteru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.





::nina says::
so, banyak2 laa minum air kosong yekk... hihi



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Iman Takwa Kecantikan Sebenar, Bukannya Paras Rupa Atau Pun Harta Benda ::

Share

KECANTIKAN wanita sering dinilai dari sudut luaran menyebabkan sesetengah pihak menjadikan ratu cantik sebagai ukuran wanita yang cantik.

Lihat saja wanita tercantik dunia yang diukur oleh dunia Barat. Hampir semua adalah pelakon dan penyanyi terkenal dunia Hollywood. Itulah ukuran Barat, tetapi sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran orang Islam.

Adakah wanita cantik itu seperti Angelina Jolie? Itulah pilihan Barat, tetapi Islam mempunyai pandangan sendiri mengenai konsep kecantikan wanita.


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Tips: Beberapa Tips Atau Pantang Larang Pasal Makan, Jangan Ingat Makan Tiada Pantang Larang ::

Share


Orang zaman dahulu kaya dengan pantang larang kan???

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kadang kala kita suka buat2 lupa dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 masa kecil... yelah, kalau cakap benda yang betul pun mana laa budak2 kecil nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua pasal makan...




PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:-

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.




::nina says::
ingat lagi opah cakap,
masa makan jangan suka kuis-kuis nasi...
entah... tak tahu pasal apa... ngee


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Betul Ke? Mazhab Kristian Ortodoks, Mazhab Yang Mirip Islam ::

Share

Benarkah? Mazhab Kristian Ortodoks, Mazhab yang mirip dengan Islam?

sebelum itu, apakah yang dimaksudkan agama Kristian?
menurut wikipedia, Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.

Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua, dalam bahasa Ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Pelbagai tradisi agama, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.


Namun, benarkah, ajaran mazhab Kristian Ortodoks mirip agama Islam?


Seumur hidup, nina tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini, mungkin kerana sebelum ini sedari kecil nina belajar tentang agama Islam, agama Allah yang Maha Agung ini sehinggakan belum berkesempatan untuk mempelajari tentang agama-agama lain. Justeru itu, nina rasa amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat PENDIDIKAN ISLAM secara formal dan mencukupi...

Ianya sangat menakutkan terutamanya sekiranya ia mempengaruhi generasi yang akan datang sekiranya pendidikan agama tidak kuat. Asas agama, bila tiada di dalam diri kita, akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkaran...




TAHUKAH ANDA?

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara amal ibadahnya hampir sama dengan amal ibadah yang dituntut di dalam agama Islam. Sangat sukar sebenarnya untuk membezakan mazhab ini dengan ajaran agama Islam...

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara peribadatannya hampir sama dengan cara peribadatan Islam. Contohnya, seperti di dalam gambar di atas, telah masuk waktu solat Maghrib... Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya, Indonesia bergegas untuk solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.


Awas! Jangan terkeliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Maghrib. Mereka adalah jemaah Mazhab Kristian Ortodoks!


Ramai orang awam akan terkeliru sebab ianya memang sangat mirip Islam. Bukan sahaja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacaa peribadatannya juga sama.Tengoklah saat mereka solat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila solat berjamaah, juga memakai bahasa Arab!


Solat
Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud seperti biasa. Bezanya, penganut Mazhab Kristian Ortodoks perlu solat 7 waktu iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam, masing-masing adalah dua rakaat. Mereka menyebutnya: Sa'atul Awwal (Subuh), Sa'atuts Tsalis(Dhuha), Sa'atus Sadis (Zohor), Sa'atut Tis'ah (Asar), Sa'atul Ghurub (Maghrib), Sa'atun Naum (Isya'), dan Sa'atul Layl (tengah malam).

Puasa
Puasa wajib bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks disebut Shaumil Kabir iaitu puasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan mereka sekitar bulan April.

Puasa Sunat
Puasa Sunat bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks adalah dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat. Puasa ini bertujuan untuk mengenang kesengsaraan Kristus.

Zakat
Di dalam ajaran Kristian Ortodoks, zakat yang wajib diberikan adalah satu per sepuluh dari hasil pendapatan.




::nina says::
berhati-hati sebelum menilai seseorang... huhu

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Adakah Anda Suka Mengumpat? Mengapa Manusia Suka Mengumpat? ::

Share

Potpet... Potpet... Potpet... tak habis2...
dari duduk luar rumah, sampai laa bawa ke dalam rumah...
24 jam tidak berhenti bercakap...

Kenapa anda mengumpat?
Mengumpat nih seronok ke?
ada rasa macam makan aiskrim Cornetto ke?


TAHUKAH ANDA? MENGAPA MANUSIA SUKA MENGUMPAT?

SmileyCentral.com


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Kaabah, Kiblat Umat Islam, Sejarah Pembinaan Dan Seni Bina Kaabah ::

Share


Sebagai umat Islam, adakah kita tahu tentang Kaabah, Kiblat kita?
Tahukah anda tentang sejarah pembinaan dan Seni Bina Kaabah?



Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata, Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.




:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Apabila Mahasiswa Saudi, Ahmad Jaffar Membaca Dan Memberi Penerangan Tentang Al-Quran Di Dalam Gereja Di Amerika Syarikat ::

Share


Salam Blogger...
mari kita singkap kembali,

apakah tugas kita sebagai khalifah di bumi Allah ini?


iyaa...
mengajak manusia ke arah kebaikan
dan meninggalkan segala keburukan...

namun adakah kita menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah s.w.t?


sudah... sudah... sudah... sangat serius pula entry nina kali ini...
di sini nina nak ucap terima kasih kepada encik azhar,
tuan tanah kepada blog Explore the world at your fingertips
yang sudi memberi kebenaran untuk nina share info ini di sini...
blog beliau sangat2 best! penuh dengan info dan orang macam nina memang sangat2 suka mencari ilmu di situ...
walaupun kadang2 menjadi 'nina, si stalker'.... wakaka




berbalik kepada kisah seorang pemuda iaitu mahasiswa dari saudi arabia,
yang sangat berani tampil untuk berdakwah ke jalan Allah...
sama2 kita baca artikel menarik di bawah...





:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: The Lovely Story, About The Three Trees ::

Share

I love this story... how about you?
let me share with you...



Once there were three trees on a hill in the woods. They were discussing their hopes and dreams when the first tree said, "Someday I hope to be a treasure chest. I could be filled with gold, silver and precious gems. could be decorated with intricate carving and everyone would see the beauty." Then the second tree said, "Someday I will be a mighty ship. I will take kings and queens across the waters and sail to the corners of the world. Everyone will feel safe in me because of the strength of my hull." Finally the third tree said, "I want to grow to be the tallest and straightest tree in the forest. People will see me on top of the hill and look up to my branches, and think of the heavens and God and how close to them I am reaching. I will be the greatest tree of all time and people will always remember me."




:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Banyak Yang Kita Tidak Tahu Mengenai Sejarah Negeri Perak ::

Share


Negeri Perak sudah tidak asing lagi dengan keunikan dan terjadinya peristiwa-peristiwa bersejarah yang pertama.

Dan dari apa yang nina lihat, bukan itu sahaja perkataan yang pertama yang ditakdirkan untuk negeri ni tapi banyak lagi peristiwa yang bermula di Perak yang sekaligus mempengaruhi dan menbentuk sejarah negara Malaysia serta menjadi pelopor kepada banyak perkara di Malaysia.



SEJARAH NEGERI PERAK YANG MUNGKIN TIDAK SEMUA ORANG TAHU



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Nak Tahu Sejarah Hari Raya Aidil Adha? Mari Sini Nina Kongsikan ::

Share

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
[sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.


Sumber dan Wikipedia


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Semakin Ramai Yang Lalai Dan Terlupa Tentang Fadhilat Hari Raya Aidil Adha, Adakah Anda Pun Sama? ::

Share


"Mama, Aidil Adha itu apa?" tanya si anak kepada ibunya... "Begini anakku..." kata si ibu...

Aidil Adha yang dirayakan pada 10 Zulhijjah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji...

Sambutan hari raya ini yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."




Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah Al Maidah, ayat 48)

:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Anda Rasa Anda Pandai? Sila Jawab Soalan Peperiksaan Gred 8 Tahun 1895 ::

Share

"Atuk belajar sampai Gred 8 je cu...
Atuk tak pandai masa sekolah dulu... huhu "



Apa yang diperlukan untuk mendapatkan Gred 8 pada tahun 1895...


Ingat tak waktu ketika datuk, nenek, moyang kita menyatakan bahawa mereka hanya mempunyai pendidikan Gred 8? Nah,cuba check ini...
Bayangkan kita berada pada zaman tersebut...
Boleh ke salah seorang dari kita lulus Gred 8 pada tahun 1895?

:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: One Bedroom Flat Written By An Indian Engineer ::

Share

Dear Friends, this is a very touching article...
Enjoy reading...
^^


As the dream of most parents I had acquired a degree in Engineering and joined a company based in USA, the land of braves and opportunity. When I arrived in the USA, it was as if a dream had come true.

Here at last I was in the place where I want to be. I decided I would be staying in this country for about Five years in which time I would have earned enough money to settle down in India.

My father was a government employee and after his retirement, the only asset he could acquire was a decent one bedroom flat.

I wanted to do some thing more than him. I started feeling homesick and lonely as the time passed. I used to call home and speak to my parents every week using cheap international phone cards. Two years passed, two years of Burgers at McDonald's and pizzas and discos and 2 years watching the foreign exchange rate getting happy whenever the Rupee value went down.




:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Awas! Agenda Tersembunyi Mereka, Sangat Licik! Pengumuman kepada semua Muslim Blogger ::

Share


Awas! Agenda Tersembunyi Mereka, Sangat Licik!

Mereka sangat2 licik... Macam2 hal...
Pernahkah kita perasan,
apabila kita tersilap menulis BLOGSPOT kepada BLOGPOT,
akan keluar satu laman web ini...




TAK PERCAYA?
mari kita buat satu eksperimen...
cuba buangkan 's' yang terdapat pada URL blog masing-masing
dari Blogspot kepada Blogpot

LAMAN PENGAJIAN BIBLE TERBESAR DI DUNIA
DENGAN PENGARUH JEWISH DAN YAHUDI ISRAEL!


::nina says::
hebat kan, mereka mahu memanipulasi kita?
sampai begitu sekali mereka berdakwah...
isshh... isshh... isshh...

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Maruah Perempuan Perlu Dijaga, Jauhi Zina, Lets Campaign, Say No To Zina!!! ::

Share

Berhati-hatilah menerima budi, jangan sampai tergadai body...

Jangan sampai dihantui rasa bersalah kepada keturunanmu akan datang kerana tidak pandai menjaga diri sewaktu muda... isshh... isshh...


Kita sebagai orang perempuan harus laa bijak dalam menilai dan bertindak demi kebaikan dan kesucian diri. Jangan jadikan body sebagai tukaran walau pelbagai ganjaran akan diterima. Body kita terlalu bernilai dan tidak wajar untuk dijadikan korban jalanan dan pestaan. Tanggunjawab untuk memegang amanah menjaga diri terletak pada diri sendiri. Serahkan body kita hanya kepada pihak yang berhak sahaja, iaitu suami yang sah selepas nikah nanti. Terlalu penting untuk memahami hal ini. Hentikan menipu diri. Hentikanlah lakonan sibuk menghias luaran diri tetapi gersang dari iman dan akhlak mulia dari hati yang bersih...

:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: 10 Tips Dan Situasi Yang Harus Wanita Fahami Lelaki ::

Share


1. Bila si dia sibuk... Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah...

2. Bila si dia ego... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya adalah ketegasan...

3. Bila si dia romantik... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama...

4. Bila si dia panas baran... Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda...

5. Bila si dia penat... Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan...

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain...

7. Bila si dia mengongkong... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua...

8. Bila si dia selamba... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya...

9. Bila si dia curang... Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati...

10. Bila si dia lurus bendul... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat...



::nina says::
asyik wanita jekk yang kena fahami lelaki...
huhh... benci!


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Wahai Beginners! Apa Yang Akan Terjadi Sekiranya Anda Berhenti Berblogwalking ::

Share

Wahh...
ini laa perkara yang paling ditakuti oleh Bloggers2 sekalian...
Apa yang akan terjadi sekiranya anda berhenti Berblogwalking?
Picture di atas adalah merupakan traffic bagi blog nina setiap hari...
bukan niat nina untuk menunjuk2 traffic itu,
apatah lagi ianya adalah traffic bagi Beginners macam nina nihh...
kalau nak dibandingkan dengan orang lain,
korang lagi Maju...
huhu...

nampak tak anak panah yang atas sekali...
ok... itu traffic bagi eksperimen yang nina jalankan ke atas blog nih...
nina pernah bagitau korang tak, nina suka buat eksperimen?
tak pernah? haaa... nih nina nak bagitau laa nih... kui kui

traffik menunjukkan apabila seseorang Bloggers berhenti Blogwalking...
apabila Bloggers berhenti Blogwalking,
secara automatiknya, traffic Blog beliau akan turut berkurangan...
mengapa ini terjadi?



Kita tanya pendapat Responden ini...


Blog used to be personal. Diaries, hobbies, travels, daily stories, friends and family updates. I know that some of us are really into blogging nowadays. Take quite a long time to surf. To write carefully and to read. With recommendation from otai-otai, some of us very hardwork on blogwalking. To generate traffic, translated into an earning.

Blogwalkers don't really want to read, instead, to leave a foot print which is a link hoping that people go to their blog and do something that they don't do - reading.

That is okay, marketing wise, you have to promote your blog anyway. However, would that be enough? Would that enough to make you a blogger? Like you set up a stall in pasar malam, and visit other stalls to tell them to come and buy something from your stall. You won't make it that way.

To earn money, supply and demand is concerned. Blogging is providing. Simply a supply and demand logic. We have millions of internet surfers in a day, I can denote the surfers as prospects. As a provider, you must write something that can attract prospects to come to your blog thus generate what is popularly called traffic, that you can later sell to advertisers like nuffnang, innity, adsense, or chittika.

If in pasar malam. It is to set up a stall and sell beneficial items. Something that people do not hesitate to spend their money for. Well, it similar on the web. If you can supply a good blog, there will be a huge demand waiting. It is simple. The star, Harian Metro, budiey, ohartis, redmummy, malaysia-finance has the numbers as proofs.

For personal blog, like me, it is hard to win the market. Who want to read my story? Ask yourself, why you are here to read me writing? Because I was at your blog, right? haha. So, you know, I did blog walking, the easy lament tactic.

For me blogwalk is a good way to promote a blog, but it is not the core subject that can sustain a blog colorful traffic. You stop blogwalk, traffic will stop with immediate effect. With the supply and demand theory, the only thing you can do as a blogger is to write something that people want to read.

There are categories to grab, it is the wisdom that you need to choose as well as to write. You can preach religion. You can make genuine jokes. You comment on paper front page. You talk finance. You talk about current affairs as shit as monopoly-type politics or sexy cheap artists. If you can attract readers with this, you are a professional blogger in the making. Prospects will take some effort to read your blog, like they sweat to pay for papers in the morning.

The most important thing is the 'value'. The value that you can put into your writing, what is it? Why should I spend my time reading that blog? That's why I said just now, I am no a blogger. I already stopped putting much time on this blog and reading blogs. If you spot me reading your blog, that means yours are listed :)

I am now concentrating on more valuable job I got in hands. My engineering career and my novel writing. I will spend some little time to write blog, hopefully somebody wants to read, and generate some traffic.

For the first time I am not interested to see how many visitors I got for the day. If the graph has gone flat, I know that the post I wrote is not interesting. It is a gauge for me to do better. That's all.

For active and passionate bloggers, this may sound itchy. For some friends that I know they blog for self fulfillment, they don't give a damn for the craps I am telling here.

Personal blog, you know, some of us write for themselves. Just for that. To read what our 'younger-self' has written in old days is as fun as watching Liverpool versus Chelsea in HD. To read things that has gone from memory is as exciting as having a new experience or a new wife. Wow, did I really really write this? Unbelievable. That is as of now, about 20 years after blog existence. Imagine when we are old enough, say in 2050, and most of the archives that we have in our blog totally gone from our bold wrinkled head? Then you take some time to recall before telling the stories to your grandchildren after you smile and tell yourself 'God, I was so young, time has gone sooooo fast'. I can imagine that at that time, your blog is the most precious thing left that you rather die than clicking on 'delete blog' button.

For that matter, don't delete your blog contents. Keep it, save it, stack it up. Over time, it is called antics.

I am telling this so many times, read books. Don't read my blog if you haven't yet read your books. Read Quran. Read the translation. Read papers, something that much more valuable. I don't want you to put too much time reading this blog that is personally craps. Err... except the motivational postings that I think can be read, well, it is totally up to you.

As a blog writer, I thank you for coming and reading. As a friend, keep in touch, hopefully we can take some time to see each other. For my book readers, thank you for spending some money and time to read the books. If you miss me, just come here to read ya hehe.

Life is short. I don't know when will I die like people around me that had already dead while they were having the same thought that I am having right now. Wondering about the death. Wondering how will I feel. Sumber

::nina says::
so, bagaimana pendapat anda pula?



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Pokok Berdarah, Celah Mana Dia Berdarah, Kenapa Panggil Pokok Berdarah ::

Share
Pokok Berdarah, Celah Mana Dia Berdarah,
Kenapa Panggil Pokok Berdara
ooppsss Berdarah



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Nina Suka Main2 Dengan Kasut Sukan, Kasut Sukan Pun Suka Main2 Dengan Nina ::

Share
apa? apa? apa?
ingat korang jekk boleh main2 dengan kasut sukan korang...
nina pun boleh laaa...

eee... gelak2...
kenapa, tak percaya ke?


nina dah lama cari kasut sukan macam nihh...
mana nak cari yekk...


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ? ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Nina 68% Addicted To Blogging, How About You, Check This Out! ::

Share


68% jekk... nama pun Beginners kan...
Belum blogger TEGAR lagi... hihi


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ? ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA