♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

:: Jangan Kahwini Perempuan Ini, Wanita Ini ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: -
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


Apakah jenis-jenis wanita tersebut?





1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.



2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.



3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.



4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.



5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:



Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.



Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


oleh Imam Al-Ghazali


::nina says::
pilihlah yang terbaik wahai Adam...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: April Fool? Ada Apa Dngan April Fool? ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Ada apa dengan April Fool?

April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya,(1 April), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiannya diarahkan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya meraikan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

nina jumpa artikel nihh...
tapi kesahihannya belum dikenalpasti...
lagipun, buat apa nak kenakan orang pada hari ini?


::nina says::
nina hari-hari kacau orang...
tak payah tunggu April Fool...
hehe... ^^


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Kajian Demi Kajian Dilakukan, Membawa Miller kepada Islam ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~



Pernahkah anda mendengar tentang Dr. Gary Miller?

Beliau adalah merupakan seorang pakar dalam bidang matematik. Ini kerana beliau suka sesuatu yang logik, yang boleh diselesaikan melalui kekuatan dan boleh diterima oleh akal. Oleh itu beliau tidak mudah untuk menerima sesuatu itu jika ia tidak logik atau masuk akal.

Ini termasuk juga soal pegangan agama. Namun baginya agama Kristian menepati semua prinsip-prinsip saintifik dan ilmu yang menyebabkan beliau tidak sahaja percaya sepenuhnya malah beliau juga seorang yang sangat aktif sebagai seorang paderi.

Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada tahun 1978, beliau bercadang untuk membaca kitab suci umat Islam, al-Quran. Niatnya untuk mencari sebarang kesalahan dan kesilapan dalam isi kandungan dan ajarannya.


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Hukum Merayakan Perayaan Tahun Baru Cina Menurut Islam ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Apakah Hukum Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina?





Penganut agama Buddha ada dua perayaan besar, perayaan tahun baru iaitu Chinese New Year dan perayaan agama iaity Chap Goh Mei...
Perayaan agama seperti Chap Goh Mei haram kita sambut...
tetapi, bagi perayaan tahun baru, sesetengah ulama membenarkan kita memenuhi undangan rakan-rakan berbangsa Cina...


tetapi, sekarang ini dah jarang dah dorang buat open house... hoho...

ada kawan nina, siap pergi jalan-jalan tengok wayang masa Chinese New Year...
Cheongsam? Angpau? dorang dah tak hairan dah... huhu...
budak-budak zaman sekarang... ngee


Apa Itu Chap Goh Mei?


Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei. Ianya disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".



::nina says::
Malaysia kan 1 Malaysia... huhu


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Rasulullah s.a.w, Kami Umatmu, Namun Rindukah Kita Kepadanya? ::

Share

Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Rasulullah, Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w,
Rindukah kita kepadanya? Ingatkah kita kepadanya?


Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan jua...
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan kita tahu hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat sana adalah kehidupan yang kekal jua. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, adakah kita layak untuk masuk ke Syurga? Adakah kita benar-benar mampu menahan seksaan api neraka jahannam? Sudah cukupkah ibadah kita?


Gambar-gambar ekslusif ni nina ingin kongsikan bersama dengan kalian dengan tujuan supaya kita dapat muhasabah diri kita...

" Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami."



Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah


Pasir dari makam Rasulullah


Bekas tapak kaki


Baju Rasulullah


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Kenapa Umat Islam Diharamkan Minum Di Starbucks? ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

ada yang bertanya,
Kenapa Nina Tak Suka Jejakkan Kaki Ke Starbucks?

ini jawapannya...

klik untuk tumbesaran

faham kan mengapa?

so, ada sesiapa boleh beri maklumat terperinci?

Sumber
Sumber

::nina says::
biarlah orang cakap kopinya sangat-sangat sedap...
biarlah orang cakap rotinya sangat-sangat gebu...
biarlah orang cakap wifi nya sangat-sangat laju...
biarlah orang-orang itu berkata-kata...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Bukankah Lilitan Benang Hitam Pada Budak Adalah Amalan Syirik? ::

Share

Biasa nina dapat lihat sejak kebelakangan ini, baby-baby yang baru lahir pasti tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna. Apabila ditanya kepada ibunya, katanya sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. tapi,


Bukankah Lilitan Benang Hitam Pada Budak Adalah Amalan Syirik?


untuk mengupas dengan lebih lanjut,
nina cuba mencari info yang dapat dikongsi dengan ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana...




:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: 10 Jenis Tangisan Yang Perlu Kita Ketahui Sebagai Muslim ::

Share



Terdapat 10 Jenis Tangisan di muka bumi ini yg perlu anda tahu:-

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik-pura-pura menangis.


"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Definisi Awal Muharram Dan Sejarah Awal Muharram, Sambutan Maal Hijrah ::

Share



Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Dia Bertudung, Tapi Kan... ::

Share

Jika anda mempunyai isteri atau anak perempuan, adakah anda akan melarang mereka memakai pakaian yang jarang, sendat dan ketat ?



ingat lagi tak, entry nina sebelum ini pasal tudung,



masa nina jalan-jalan tadi,
nina tertarik dengan blog ini,

"BERTUDUNG TIDAK SEMESTINYA MENUTUP AURAT"


Mereka Wanita Melayu Beragama Islam...
Tetapi Pakaian Mereka Menyeksakan Mata...




:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al-Hafiz, Antara Penceramah No 1 Negara ::

Share


Assalamualaikum w.h.t, salam sejahtera kalian... huhu

Rasa-rasa korang pernah tengok tak Ustaz nih?




Tipu laa kalau tak pernah tengok... hihi

Kalau anda perasan, dekat ruangan Link dekat Facebook dan youtube,
mesti anda akan dapat lihat video-video ceramah ustaz ini... kan?
nina bukan nak tunjuk baik, alim atau berlagak bagus dalam entry nih...
tapi, tiba-tiba hati ini terbuka untuk menulis tentang beliau...


SIAPA USTAZ MOHAMMAD KAZIM BIN ELIAS AL-HAFIZ?



:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Benarkah Bulan Pernah Terbelah Dua? ::

Share

Masa kecil-kecil dulu, ada seorang rakan bertanya,
"nina, tahu tak, bulan tu pernah terbelah dua?"
sambil tunjuk ke langit...
nina pun menjawab,
"ooo... patut laa bulan tuhh sengettt je"
hihi... betapa naifnya nina masa kecil-kecil...
~~~~


bila dah besar nihh, tertanya-tanya juga,

Benarkah Bulan Pernah Terbelah Dua?




:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Betul Ke, Ada Kubur Di Atas Masjid Nabawi? ::

Share



Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:


Ada seseorang hamba Allah ini cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW iaitu kubah yang berwarna hijau di Masjid Al Nabawi atau dikenali sebagai Gumbad-e-Khizra di Madinah, yang juga menjadi tanda iaitu tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika hamba Allah tersebut cuba memanjat kubah tersebut dengan niat untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Hamba Allah yang berniat jahat tersebut pun meninggal dunia di tempat kejadian. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!


Ia juga mengatakan bahawa terdapat seorang alim ulama dari Madinah mendengar suatu suara di dalam mimpinya, bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat mengambil mayat di atas kubah tersebut dan mayat tersebut haruslah dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan untuk berusaha untuk menghancurkan kubah itu pada masa hadapan!


Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengkuburkan hamba Allah itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kanvas hijau sehingga tidak akan terlihat oleh sesiapa pun.



::nina say::

Baru hari ini nina tahu yang ada benda ini
di atas kubah masjid Nabawi di Madinah itu.

Rasanya ramai orang yang dah mengunjungi
dan beribadat di masjid tersebut

tetapi mereka pun tidak tahu ada benda ini...
Wallahua'lam...
Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Betul Ke? Mazhab Kristian Ortodoks, Mazhab Yang Mirip Islam ::

Share

Benarkah? Mazhab Kristian Ortodoks, Mazhab yang mirip dengan Islam?

sebelum itu, apakah yang dimaksudkan agama Kristian?
menurut wikipedia, Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.

Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua, dalam bahasa Ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Pelbagai tradisi agama, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.


Namun, benarkah, ajaran mazhab Kristian Ortodoks mirip agama Islam?


Seumur hidup, nina tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini, mungkin kerana sebelum ini sedari kecil nina belajar tentang agama Islam, agama Allah yang Maha Agung ini sehinggakan belum berkesempatan untuk mempelajari tentang agama-agama lain. Justeru itu, nina rasa amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat PENDIDIKAN ISLAM secara formal dan mencukupi...

Ianya sangat menakutkan terutamanya sekiranya ia mempengaruhi generasi yang akan datang sekiranya pendidikan agama tidak kuat. Asas agama, bila tiada di dalam diri kita, akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkaran...




TAHUKAH ANDA?

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara amal ibadahnya hampir sama dengan amal ibadah yang dituntut di dalam agama Islam. Sangat sukar sebenarnya untuk membezakan mazhab ini dengan ajaran agama Islam...

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara peribadatannya hampir sama dengan cara peribadatan Islam. Contohnya, seperti di dalam gambar di atas, telah masuk waktu solat Maghrib... Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya, Indonesia bergegas untuk solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.


Awas! Jangan terkeliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Maghrib. Mereka adalah jemaah Mazhab Kristian Ortodoks!


Ramai orang awam akan terkeliru sebab ianya memang sangat mirip Islam. Bukan sahaja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacaa peribadatannya juga sama.Tengoklah saat mereka solat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila solat berjamaah, juga memakai bahasa Arab!


Solat
Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud seperti biasa. Bezanya, penganut Mazhab Kristian Ortodoks perlu solat 7 waktu iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam, masing-masing adalah dua rakaat. Mereka menyebutnya: Sa'atul Awwal (Subuh), Sa'atuts Tsalis(Dhuha), Sa'atus Sadis (Zohor), Sa'atut Tis'ah (Asar), Sa'atul Ghurub (Maghrib), Sa'atun Naum (Isya'), dan Sa'atul Layl (tengah malam).

Puasa
Puasa wajib bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks disebut Shaumil Kabir iaitu puasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan mereka sekitar bulan April.

Puasa Sunat
Puasa Sunat bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks adalah dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat. Puasa ini bertujuan untuk mengenang kesengsaraan Kristus.

Zakat
Di dalam ajaran Kristian Ortodoks, zakat yang wajib diberikan adalah satu per sepuluh dari hasil pendapatan.




::nina says::
berhati-hati sebelum menilai seseorang... huhu

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: 10 Perkara Atau Amalan Terbaik Tetapi Terbalik ::

Share


Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA