♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

:: Surat Merah Untuk Dia ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~



This entry is special to my beloved lover, My Soul.




Dear My Soul,
this is my first time write about you here.
welcome home, dear...
sekali masuk sini dua puluh sen! hihi... lalalalala... 


ok... ok... please behave nina...
mode serius... serius, pernah ke nina serius?


nina tak pernah serius...
Awak Utara, saya Selatan...
kadangkala terfikir,
boleh ke dua dunia yang berbeza ini bergabung?
awak Kutub Utara, saya Kutub Selatan,
sangat berbeza, tetapi kita sebenarnya saling memerlukan
walaupun kita berjauhan...


adakalanya, ada perkara yang tidak dapat diucap...
kadangkala, perkataan ini tidak pernah terucap...
boleh saya tahu apa yang awak tahu?
boleh saya rasa apa yang awak rasa?
boleh saya berkongsi apa yang awak lalui?
boleh saya berkongsi hidup susah dan senang bersama awak?
boleh saya... jadi sebahagian daripada hidup awak?


saya dah lama nak gembirakan orang yang saya sayang...
gembirakan orang yang sayang saya...

tapi saya sedar kita berbeza, cara hidup kita berbeza...
awak orang laut, saya orang darat,
tapi bukan itu masalahnya...
cuma pemikiran kita berbeza...
kadangkala pemikiran awak A, pemikiran saya B.
bagai langit dengan bumi bukan?
tapi saya tahu, kita sebenarnya berkongsi satu dunia yang sama...
susah payah kita harungi bersama...


penat tak hidup dengan saya?
seorang yang tak mampu buat awak sentiasa gembira...
seorang yang suka merajuk dengan alasan kadangkala tak logik...
seorang yang mementingkan diri. seorang yang tak pandai menghargai.


kadangkala...
saya tahu... saya sedar siapa saya...
saya tahu... saya sedar saya tak sempurna...


kisah kita bukanlah kisah Romeo dan Juliet yang mahu terjun bersama.
saya juga bukan Cinderella yang pakai kasut kaca...
kerana kasut kaca itu mahal harganya. tak mampu saya...
tapi, saya tahu, awak mampu berikannya...
cuma kadangkala saya rasa saya tak layak menerimanya...
bagaimana kalau kaca itu pecah? saya tidak mampu menggantikannya...


Sayang,
awak ingat kali pertama kita jumpa?
awak ingat bila? awak ingat di mana?
kali pertama kita berjumpa pada 5 tahun lepas?
hanya awak dan saya, kita berdua bersama, berjanji bersua...
saya jatuh hati pada awak, dan awak pun sama...
hampir setahun perkenalan, saya ucap saya sayang awak...
ekspidisi cinta kita bermula di sini...
namun begitu, pelayaran kita hampir karam di tengah laut mati...
mujurlah, laut mati membolehkan kita terapung...
masih mampu teruskan hidup...
lebih-lebih lagi sebab awak pandai berenang...
jangan risau tentang saya...


saya akan terus terapung dan teruskan perjalanan hidup
seperti kapal di lautan...
sehinggalah, awak berjaya selamatkan diri ke darat,
dan kemudian lekas kembali ke laut bersama bot,
menghulurkan tangan, dan menggapai tangan saya erat-erat...
pada ketika itu, 1001 perkataan yang berada di minda saya
 yang tak dapat diucap dengan kata-kata mahupun perbuatan...
awak dan saya, berdua...


terima kasih awak...
terima kasih 'pinjamkan tangan awak'
'pinjamkan telinga awak'
dan kini 'pinjamkan bahu awak'
tempat luahan perasaan saya...



until now...
thanks a lot...
always be my 'Love', 'Sayang', 'Abang', 'Bambam'

Heart you... 




::nina says::
kebahagiaanmu, kebahagiaanku. 


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Jom Diet Dengan Apps Myfittnesspal ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Semalam nina ada mention pasal azam baru 2013.
ok. Salah satu dari azam nina tahun ini adalah mahu KURUS! 

Haaa... gelak. gelak. gelak laa lagi!
kali ini nina serius ok!

cuba laa tengok picture nina December 2012.
chubby yg amattt...

kesibukan harian menyebabkan berat naik sampai 69kg!
1kg lagi nak cecah angka 70kg! waaaa!
asal stress je, makan! stress sikit, makan banyak!
i need to lost weight!




haha... semua orang macam tak percaya nina nak kurus...
dulu tak pernah ada dalam kamus hidup perkataan KURUS...
Habis nak buat macam mana kan... 
Kalau tak kurus, nanti picture wedding tak cantik. oooppss!
berangan!


Ok. sebenarnya, nina dah mula diet pada 01/01/2013.
so target tahun depan kurus slim melimmm laa yekk...
nanti after grad, boleh naik pelamin! yeayyy!
hahaha... berangan lagi! hehe =p 

hari tu ada kawan ajak diet Atkins sama-sama...
tapi, dengan kesibukan yang ada, yang memerlukan banyak tenaga,
nak kerja Centre for Student Enterpreneurship, 
nak buat event itu ini, anjur seminar, follow up client,
nak jaga budak-budak Student Entrepreneurship Association (SEA), 
nak pergi kuliah, nak buat assignment, nak study lagi,
buat dua kerja dalam satu masa sangat-sangat memenatkan...
my online bakery terpaksa ditutup buat sementara waktu...
keluar rumah pukul 8.30a.m, balik rumah pukul 8.30p.m
sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal...

This weekend baru laa dapat holiday balik kampung... 
itu pun ambil cuti, 7, 8, 9 haribulan nih...
 Kebetulan adik kesayangan baru habis belajar di ITB, Bandung... 
Flight sampai malam Ahad ini, ambil dia di KLIA, 
terus gerak balik kampung. Sighhh... Penat woo... 
tak sempat nak jogging, diet bagai... 
tapi mujur laa ada bantuan seseorang!
thanks a lot to my dear friend, 
Shela Mansor yang perkenalkan apps ni pada nina. suka!


MYFITNESSPAL


mungkin ada yang dah tau apa itu Myfitnesspal ni... 
Kalau belum tahu, boleh click Myfitnesspal.com dan register segera! 

Aplikasi ini membantu nina untuk menurunkan berat badan.
Ianya adalah sebuah aplikasi penghitung kalori tubuh. 
Ia membantu memantau apa saja yang nina makan, 
 apa saja yang nina lakukan untuk mengurangkan kalori.
Yang menariknya, ia ada analisis nutrisi dan kalori, 
nina boleh pantau apa yang masuk dalam tubuh nina setiap hari.  
Nina dah install dalam ipad, so bila-bila masa sahaja nina boleh update diari diet nina nihh... hihi ^^


Dengan bantuan apps Myfitnesspal
nina boleh control diet pemakanan nina setiap hari.

apps ini kita boleh update setiap hari. Yeayyy!

buat mereka yang tiada smarphone ataupun tablet,
boleh juga buka akaun anda dengan melayari http://www.myfitnesspal.com/
mudah sahaja! dah register tuu, jangan lupa add nina k!





::nina says::
hari-hari mimpi kurus. aduyaiii!

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Azam Baru ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


nina, nina, apa azam tahun baru?

hoho... ramai kawan-kawan yang bertanya,
apa azam tahun baru kali ini. hehe
boleh tak kalau nina jawab, azam tahun nih
nak aktif BERBLOGGING semula?
yeayyyyy!


ehem2...
ada yang melompat-lompat bila dengar nina nak berblogging semula.
haha... perasan kau jah! orang dah tak ingat siapa nina syakina laa...
haha... tu laa... dah lama sangat menyepi tanpa berita...
usia pun makin meningkat tua...

tapi...

mampu ke nak online setiap hari?
haaaaa..

jawab... jawab...




::nina says::
azam baru? hurmmm...
banyak sebenarnya...
hehe...

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: New Year Entry ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~






Happy New Year saudara saudari, cik keboommm, cik keboommmm!
 haha =p







 sekejapnya! pejam celik, pejam celik, dah masuk 2013 dah kita.

tahun demi tahun, masa berlalu tanpa kita sedari.

alangkah indahnya memori.



1990-2013
blogger in memory



::nina says::
sangat2 berhabuk, bersawang dah ni.
sudah sampai masanya 'Pencen' berblogging. haha
tetapi kenangan bersama2 blogger lain kekal hingga akhir hayat.


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: My Broken Heart ::

Share
~~♥~~



I am really love Adele's Someone Like You previously since somehow the song reminded me of my first love... There is not much that I can say about it other than that, it is true about everyone said, love is the only feelings that allow you to have every emotions mixed up in a tall cocktail glass... And to think that I have never written anything bout him...



Everyone here know that my heart is just like a glass... once the glass is broken, you can always glue the pieces back together, but you can still see the crack... But there are always some missing pieces that you can never find... ♥



::nina says::
i hide from you something...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: My Sensitivity, Your Sensitivity ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


No matter what a person's belief may be, or what sins they have committed, our own conduct with them must show the excellence that is Islam. We must try to understand why they believe, what they believe or do what they do. Once we have an understanding, we can use this to teach them in the most kind and appropriate manner...



::nina says::
people always judging...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Set Fire To The Rain ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

I wish to make my blog colorfulness!
haha... something fishy, right? hihi...


~~~~

I let it fall, my heart
And as it fell, you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cry
'Cause I heard it screaming out your name, your name

When laying with you
I could stay there, close my eyes
Feel you here, forever
You and me together, nothing is better

'Cause there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you'd play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where I felt something die, 'cause I knew that
That was the last time, the last time

Sometimes I wake up by the door
Now that you've gone, must be waiting for you
Even now when it's already over
I can't help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where I felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time, oh

Oh, no
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn

~~~~

someone gives me this song... haha...
thanks Nabil Daniel...
he said, this is a lovely song...
yaa... its true...


::nina says::
my heart said so... amigooo


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Bulan Bicara Sendiri ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

life did not originate as the result of unconscious coincidences as evolution claims, but as the result of the creation of Allah, the Almighty, the processor of infinite knowledge and wisdom...


mode swing tiba2... hikhik
hari ini genap 10 bulan nina sambung belajar...
lagi beberapa purnama nak habis...
semalam abah dah siap tanya soalan cepucemas...
"lepas ini nak sambung ke nak kahwin? dah ada calon?"

aiyaaa... mati kutu!
cerita sedih datang kembali... aceceh
haha... malas laa nak ingat kisah2 silam ni...
buang masa dan tenaga je...
oh ya... soalan abah itu nina biarkan dengan tiada jawapan...
sebab nina tahu, jawapan yang keluar dari mulut nina
adalah penentu kepada masa depan nina...
10 bulan terlalu singkat untuk mencari pengganti...
tetapi rasanya semakin sukar,
"tunggu laa Prince Charming datang dengan rombongan"

itu laa ayat yang selalu keluar dari mulut bila ada yang merisik2 bertanya...
hahaha... bila fikir balik, geli hati pun ada...
nina muda lagi, baru 21 tahun...
agak2 laa nak kahwin awal kan... haha
habis Degree umur 23... buka business, bla... bla... bla...
bahagiakan family dulu,
lepas tu baru laa boleh fikir untuk kebahagiaan diri sendiri... ceewaaahhh...
nampak mudah kan? mudah di mulut, sukarnya di hati...

oh yaa... dah lama dah nina tak update blog nihh...
kadang2 online, blogwalking tanpa tinggalkan jejak...
sayu tengok kawan2 dekat blog semakin bahagia dengan blog masing2... ada yang dah mendirikan rumah tangga, ada yang dapat baby baru, ada yang dah bertunang,
ada yang dah putus tunang... oopsss... sama nasib laa kita... kekeke
tak pe... nina single lagi... <--- ayat promote diri! walawehhh!
haha... dah2... nak gelak guling2 nihh... kikiki...


pssttt! nina rasa blog nina nihh dah jadi tempat luahan perasaan pulak... haha... nasib laaa... ^^
okbai!

::nina says::
biar bulan bicara sendiri...

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Jom Tambah Kenalan! ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

dah lama kita tidak bersua...
dah lama sebenarnya niat di hati nak update blog nina nihh,
tapi selalu tidak kesampaian... (t t)
korang sihat ke? cukup makan? cukup minum?
mandi basah tak? hehehe...

tunggu laa sayang2ku sekalian...
lagi beberapa purnama jekk nina nak habis belajar...
lepas tuhh, kita enjoyyy berblogging yekk...

seriously, sangat susah sebenarnya nak bahagikan masa nina sekarang nihh...
memang nina terpaksa ambil keputusan untuk berhenti berblogging buat sementara waktu...

ehem2... untuk mengelakkan korang2 semua nihh windu kat nina,
[ada ke yang nak rindukan nina nihh... hihi]
sila laa add Fb baru nina nihh yekk... Fb lama dah deactivate... ^^
jangan malu-malu, jangan segan-segan...


Nina Syakina

Create Your Badge

pssttt... nina tak makan orang...



::nina says::
seronok tambah kenalan baru...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Kehidupan Yang Sangat Memenatkan, Merungut, Adakah Tanda Kita Tidak bersyukur? ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

salam semua...
hari-hari yang berlalu bersama STRESS!
I LOVE STRESS!
tettt... nina tipu...

ada ke sesiapa dekat sini yang sukakan kehidupan yang stress?
confirm tak ada kan? even orang gila pun kalau boleh dia tak nak stress...
tapi, nak buat macam mana kan, itulah lumrah kehidupan...

kalau boleh, kita nak hari-hari yang dilalui sentiasa ceria,
sentiasa tersenyum, sentiasa gembira...
nak-nak lagi sentiasa bersama orang-orang yang kita sayang...
kan... kan... kan...


Kenapa Kita Rasa Stress?

kita stress bila kita rasa sesuatu perkara itu adalah masalah...
kadang-kadang, perkara yang sekecil kuman pun,
bila kita rasa, ianya adalah suatu masalah,
kita akan stress...
tak percaya?
tak nak percaya, sudah! haha... ^^



dalam kehidupan nina,
perkara yang paling membuatkan nina stress adalah BELAJAR!
belajar nihh, kalau tak ada assignment, memang tak sah!
aduyaiii... nina memang sejak dari dulu,
tak suka sesuatu perkerjaan yang melibatkan due date...
memang mati kutu begini!

merungut? memang sentiasa merungut...
selagi tak submit kerja tuhh, selagi tuhh laa dok merungut... hoho...
nama pun perempuan, mulut perempuan, faham-faham je laa... lalalala... ^^
tangan bergerak, mulut pun sama-sama bergerak... haha...

tapi,
dalam setiap pekerjaan,

~lebih baik puaskan hati diri sendiri daripada puaskan hati orang lain~


::nina says::
belajar, belajar, belajar


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Hidup Ini Perlu Berdikari ::

Share

kata Dia,
hidup ini perlu berdikari...

kawan-kawan ibarat sos cili semasa nak makan ayam goreng...
kalau ada, ianya sedap,
kalau tiada, sila nikmati kesedapan ayam goreng tersebut...
dan bersyukur laa...
untung laa dapat makan ayam goreng..
.

lalalalala... ♥


::nina says::
kehidupan yang penuh dengan 'kesakitan' minda...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Kejayaan Kita Terletak Pada Diri ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Manusia tidak menyukai kegagalan.
Orang yang gagal akan dicela. Sebagaimana perbidalan kata,
apabila seekor unta terperosok, maka banyaklah aibnya. Masyarakat memandang dengan pandangan asyik apabila seseorang itu dikatakan pintar, berjaya, kaya dan dapat menyelesaikan masalah. Adapun kalau kita berdepan dengan kesukaran walaupun sebentar, kita akan dipinggir mereka...


Jadilah orang yang gagal dahulu, sebelum berjaya...




::nina says::
hidup ini sukar...
tapi tidak sukar untuk hidup...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Jutawan-Jutawan Senyap Di Malaysia ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


kami laa bakal jutawan-jutawan senyap di Malaysia!
income sebulan mencecah RM1 JUTA!


haha... plawok... plawok...
berangan biar tinggi!


nak jadi jutawan?
senang aje...
cuma perlu korbankan masa dan tenaga...

masa? masa apa?
masa tidur, masa makan, masa mandi, masa dating, masa lepak, masa shopping, masa mengumpat, dan sebagainya... hihi

sebab itu laa jarang orang di Malaysia nihh yang menjadi jutawan...
kalau ada pun, berapa 'ketul' jekkk... huhu

sebab? sebab apa?

sebab mereka sayang dengan masa-masa 'emas' mereka nihh...


pilihan sebenarnya ada di tangan anda...
cuma nak atau tak nak je... huhu... ^^


::nina says::
pengalaman mematangkan seseorang...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Dear Smoker, I Hate You A Lot! ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Hi Smoker...
You are so nice, right?

Why don't you do this,
Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want start smoking.
So you can enjoy the smoke 100% by yourself, i don't want any percent of it.
And some of my friends, too... ♥

::nina says::
I hate SMOKER a lot!!!


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Stress, Jalan-Jalan Hilangkan Stress ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~



beberapa hari lepas nina agak tension dan stress sebenarnya...
dengan assignment, homework, presentation, macam-macam lagi laa...
memang moody gila... dengan tak cukup tidurnya...
isshhh... isshhh...





tapi, nasib baik laa ada penyeri duka yang lara...
kawan nina, Nazmi belanja nina Cupcakes!
alahai... sejukkk hati bila dapat kek comel... haha...

thanks a lot Nazmi, for the lovely cakes...



comel kan kek?

oh yaa... siapa Nazmi?
Nazmi tuhhh salah seorang kawan kelas nina...
kiranya dia nihhh kawan lepak nina,
kalau nina nak tengok wayang, ajak je dia...
confirm dia teman... lalalala...
sebab dia nihhh memang kaki wayang...

bila kaki wayang vs kaki jalan,
jawapannya...

aisshhh, jawap laa sendiri... hehe... ^^


nina paling suka yang ini... hihi
sebab warna favourite nihh...



actually, habis kelas dalam pukul 4.30 p.m, Nazmi terus ajak nina pergi KLCC... kononnya nak date... haha... but sorry... Im not in a mood for a date... lalalala...
ok... nina tipu... actually, dia ajak nina lepaskan stress...
dia pun ada masalah dengan Girl dia, dan nina pun ada masalah dengan Boy nina... lalalala...
tipu lagiii... hahaha... sebenarnya kitorang nak lepaskan tension study...

so, kitorang planning tengok wayang...
before tengok wayang tuhh, kitorang lepak-lepak dekat garden KLCC...
itu laa tempat lepak nina selama ini...
banyak kenangan manis kat sini... ngee
KLCC nihhh dah macam rumah kedua nina...
sini laa tempat terbaik nak release tension... hoho...
betulll... tak tipu... ^^

sebab apa?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

taraaa...

this!


my favourite fountain... haha...
pukul 6.00 p.m, baru show bermula...
cantik! I Loike!





::nina says::
stress, stress, stress
lumrah alam... lalalala...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Maggi Dan Pelajar, Tak Dapat Dipisahkan Bagai Isi Dan Kuku ::

Share

Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


hari sabtu yang indah... ^^
hari ini nina telah ditag oleh chapieqah!
thanks dear... huhu
tiba-tiba teringin nak buat...
almaklum laa, dah lama tak jawab soalan-soalan macam nihhh... huhu


sambil jawab tag, sambil makan maggi goreng ^^

haha... apa kess???
ssshhh... actually bukan masalah sebab tak cukup duit ke, apa ke, nina makan maggi hari nihhh,
kalau mama abah baca nihh, sila jangan salah faham okehhh...
tapi tiba-tiba hari nihh mengidam nak makan maggi goreng hasil tangan sendiri...

wakaka... lama gilaa tak memasak!
rindu sangat-sangat laa nak memasak kat dapur mama kat KK...
ktung ketang, ktung ketang... lalalala...
kalau laa boleh kembali ke masa lalu... hhhmmm...


acecehhh... terlupa...
dah... dah... jom jawab tag!


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup anda?
keluarga... paling penting... tanpa mereka, tiada laa nina di tahap ini...


2. Benda terakhir anda beli guna duit anda sendiri?
entah... tak teringat... rasanya just nasi goreng kampung tengahari semalam...
ehh... benda ke tuhh? ooppss...


3. Dimana tempat perkahwinan anda, dan apa tema perkahwinan anda?
nak kahwin dekat masjid... boleh? masjid Ubudiah laa... cantik!


4. Adakah anda sedang bercinta?
yuppp... bercinta dengan buku... hoho ^^
haha... kidding... I AM SINGLE...
dah serik bercinta... acecehhh...
kalau boleh nak kahwin terusss... gatai... haha


5. Berapa lama anda akan mencintai pasangan anda?
selagi tak habis degree... lalala


7. Antara mak dan ayah, mana anda lebih mesra?
nowadays, dua-dua mesra...
siap boleh gosip-gosip sekarang nihhh... haha


8. Namakan orang yang betul betul anda nak jumpa dalam hidup?
my prince charming...


9. Adakah anda membasuh baju anda sendri?
of course... kat sini kalau laundry kena bayar RM2.00 kottt...


10. Dimanakah tempat yang anda betul betul nak pergi?
Adelaide, Australia... ok... tipu...
nina teringin nak tunaikan Haji di Mekkah...


11. Pilih satu, peluk atau cium?
both... xsyok laa satu je... hahaha...
Love you Nik... tettt...
pssstt... Nik adalah kawan sebelah bilik yang suka main peluk cium... haha
kami memang kurang siuman... ^^


12. Lapan lagu yang selalu anda dengar?
Wo de Peng You Zhai Na Li... haha... -ringtone SMS nina nihhh...
ooppsss... jap... jap... nak lapan? banyak tuhhh...

tapi, sekarang nihhh nina paling suka lagu ini,
Chris Medina- What Are Words...

sangat menusuk jiwa, raga, jantung, paru-paru, dan kalbu...
hehe...


13. Enam blogger yang dipertanggungjawabkan mengambil tag ini
nina rasa enam tuhhh sikit sangat laa...
nina nak TAG semua kawan-kawan nina yang tersayang...
sila ambil yaaa... ^^



::nina says::
bebal wehhh, hari-hari makan maggi...
maggi=student
tak dapat dipisahkan... ahakksss


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA