♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Malas Minum Air Kosong? Ketahui Rahsianya ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~




Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia?


Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat.

Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam ‘menu wajib’ anda.

Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :

1. Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
2. Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
3. Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
4. Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.


Kenapa Anda Perlu Minum Air?

Minum Air Kosong. Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.

Air juga penting sebagai agen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil.

Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.


Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!

Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan.. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.


Berapa banyak yang seharusnya kita minum?

Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.


Air dalam makanan kita

Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Jesteru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.





::nina says::
so, banyak2 laa minum air kosong yekk... hihi



Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

5 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Kuman Chaos said... [Reply to comment]

memang pun.. atas arahan doc, skrang kena minuk at lear 1.5ltr setiap hari air kosong tau.. memang sedap :D
kuman "paksa.." Entry

i am S!L4H.. said... [Reply to comment]

air kosong= besttt...
hik2
mari ramai2 mnum air kosong...~

nina syakina said... [Reply to comment]

@i am S!L4H..

bestt ekk... nina tak suka mnum air sgt laa... cmno ehh??

nina syakina said... [Reply to comment]

@Kuman Chaos


perhhh... byk tuhh kna mnum kn... ngeee

taty said... [Reply to comment]

follow my blog if you like to save our world...
http://kitadanair.blogspot.com/