Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~
~~~~~~~
ingat lagi tak entry sebelum ini,
tentang Darah Babi Dalam Puntung Rokok,
ok, hari ini nina akan berkongsi tentang
Tips-Tips Untuk Berhenti Merokok
:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::
ada pelbagai cara sebenarnya. salah satunya adalah seperti berikut:-
1. MELENGAHKAN MASA
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus,tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.
2. MENARIK NAFAS PANJANG
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gum, lolipop, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.
6. MANDI ATAU BASUH TANGAN
Kalau berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. MEMOHON DOA
Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah...
::nina says::
I hate my Lover To Smoke...
Please, Do Not Smoking!!!
13 Leave Here, Comments and Lovely Words:
nak cube bg tips ni kat ayah ler..hehehe
hmm... bagus ni, nak kasik tau mr diary la... he3x
entry terbaru "susahnya menjaga hati"
cara nak berhenti memang banyak...tapi diorang jer yg tak sanggup sebab dah ketagih sangat...
kalu dh nama perokok tegar mmg susah brenti
Thanks for sharing this. Mmg sesuai kepada mereka-mereka yg nak berhenti smoking.. :)
@~ PIJA ~
hoho... boleh je miss PIJA... huhu
@My Little Diary
btul2... baik bgtau cpt2... huhu
@Eliyana
btul tuhh sis... kena gaya dan tempatnya juga... kan?
@shark
tapi tak semestinya tak boleh berubah bukan?
@StellaClaire-Richard
ur welcome dear... ^^
saya akan cube .HEHE .
alhamdulillah aku dah quit...
lepas jer quit, bila bau rokok baru aku tau camna busuknyer... masa time aku isap dulu bau rokok tu wangi jer.....
mmg bau longkang....
Heheh...
Tahniah pada yang dah berhenti merokok ni. Terima kasih tuan atas kira2 di atas. hehehee.
Izinkan saya share info berhenti merokok.
Sungguh mmg bau longkang siapa yg merokok ni.
IbuCergas
Post a Comment