♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Betul Ke? Mazhab Kristian Ortodoks, Mazhab Yang Mirip Islam ::

Share

Benarkah? Mazhab Kristian Ortodoks, Mazhab yang mirip dengan Islam?

sebelum itu, apakah yang dimaksudkan agama Kristian?
menurut wikipedia, Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.

Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua, dalam bahasa Ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Pelbagai tradisi agama, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.


Namun, benarkah, ajaran mazhab Kristian Ortodoks mirip agama Islam?


Seumur hidup, nina tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini, mungkin kerana sebelum ini sedari kecil nina belajar tentang agama Islam, agama Allah yang Maha Agung ini sehinggakan belum berkesempatan untuk mempelajari tentang agama-agama lain. Justeru itu, nina rasa amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat PENDIDIKAN ISLAM secara formal dan mencukupi...

Ianya sangat menakutkan terutamanya sekiranya ia mempengaruhi generasi yang akan datang sekiranya pendidikan agama tidak kuat. Asas agama, bila tiada di dalam diri kita, akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkaran...




TAHUKAH ANDA?

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara amal ibadahnya hampir sama dengan amal ibadah yang dituntut di dalam agama Islam. Sangat sukar sebenarnya untuk membezakan mazhab ini dengan ajaran agama Islam...

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara peribadatannya hampir sama dengan cara peribadatan Islam. Contohnya, seperti di dalam gambar di atas, telah masuk waktu solat Maghrib... Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya, Indonesia bergegas untuk solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.


Awas! Jangan terkeliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Maghrib. Mereka adalah jemaah Mazhab Kristian Ortodoks!


Ramai orang awam akan terkeliru sebab ianya memang sangat mirip Islam. Bukan sahaja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacaa peribadatannya juga sama.Tengoklah saat mereka solat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila solat berjamaah, juga memakai bahasa Arab!


Solat
Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud seperti biasa. Bezanya, penganut Mazhab Kristian Ortodoks perlu solat 7 waktu iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam, masing-masing adalah dua rakaat. Mereka menyebutnya: Sa'atul Awwal (Subuh), Sa'atuts Tsalis(Dhuha), Sa'atus Sadis (Zohor), Sa'atut Tis'ah (Asar), Sa'atul Ghurub (Maghrib), Sa'atun Naum (Isya'), dan Sa'atul Layl (tengah malam).

Puasa
Puasa wajib bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks disebut Shaumil Kabir iaitu puasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan mereka sekitar bulan April.

Puasa Sunat
Puasa Sunat bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks adalah dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat. Puasa ini bertujuan untuk mengenang kesengsaraan Kristus.

Zakat
Di dalam ajaran Kristian Ortodoks, zakat yang wajib diberikan adalah satu per sepuluh dari hasil pendapatan.




::nina says::
berhati-hati sebelum menilai seseorang... huhu

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

6 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Unknown said... [Reply to comment]

hampir sama ek..takut!

ardinihumaira said... [Reply to comment]

dear..
agama kristian sebenarnya bukan seperti kristian yang kita kenali.. Nabi Isa menyembah Allah... cuma pertelagahan pengikut baginda ketika dinaiikan ke langit telah mencetuskan beberapa percanggahan pendapat atau dipanggil mazhab dalam agama kita... gereja ortodoks adalah antara yang terawal. dni ingat2 lupa mengenai perkara ni. pernah masuk perdebatan di antara agama kristian dan Islam pada tahun yang lepas. Alhamdulillah ahli agama kita yang arif lagi bijaksana mampu mengalahkan fatwa2 mereka... agama mereka sama sekali tidak benar sekiranya mempunyai doktrin utama iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. ia tidak sama dengan Islam... Wallahu'alam...


jangan risau... teguhkan iman... InsyaAllah kita terhindar daripada kesesatan

Sofiayantie said... [Reply to comment]

owhhh.. baru tahu.. thanks info.. :)

Q said... [Reply to comment]

to the other...we are malaysia dan kita ada agama masih..kristian sebenarnya sama..semua agama tidak mengajar kita perkara yg tak baik slain kita sendiri yg nak buat..islam dan kristian sembah satu tuhan yg sama iaitu ALLAH..dlam kristian ALLAH dtafsirkan sbagai ALLAH BAPA KAMI DI SURGA..kalau di ikutkan dlam perjanjian lama dlam kristian iaitu old tastement,smua nya hmpir sama dgan al-Quran..bnyak perbezaan..saya tak menafikan mna2 agama sb sya suka semua agama..utk jawapan bagi persoalan ttg YESUS yg naik ke llangit,sbenarnya bermaksud,bangkit ke langit..macam manusia juga,kalau mati roh kita pergi ke mana woi?pergi ke langit juga kan,cuma x tahu ke surga atau neraka..begitu juga dgan YESUS..kena fikir juga lah..sekatat tu je yg kku mampu share dgan korang semua..jika ada bahasa yg salah..tolong maafkan..kita malaysia,so we must open minded..negara kita ada banyak agama..jganlah karana nila setitik,rosak susu sebelanga..jgan lah nak pentingkan diri sendiri..ini soal agama,satu dunia boleh goyah..so,kita tak nak mcam tu kan..so,just accept what the others people believe in their religous..jgan nak mempertikaikan perkara yg meremehkan..just follow the flow..

akhir kata.. PEACE NO WAR!!

Unknown said... [Reply to comment]

bagi saya semuanya sama saja secara individu masing-masing. Jika kasih yang dibawa secara individu maka damailah diri dan sesama manusia. Jika kebencian yang dibawa maka amuk lah diri dan binasalah keamanan dunia. secara individu juga terpaksa berdamai dgn tuhan, berdamai dgn sesama manusia. jika tidak murka tuhan akan menaungi hidup yg tanpa cinta kasih terhadap sesama manusia .

mrnyrano said... [Reply to comment]

Kamu mendakwa agama kamu benar tapi berapa ramai penganut agama kamu tidak taat pada agama yg kamu bangga sebagai agama benar. So kesimpulan jgn nak hina agama lain. Pergi beri peringatan dan nasihat kepada pengikut agama kamu tg byk buat dosa dan maksiat dan tak ikut ajaran agama yg kamu dakwa agama yg benar. Hgn buang masa nak kutuk agama orang lain.