♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Blog Review Pilihan Nina Syakina, Encik Mamat ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Blog Review Pilihan Nina Syakina


Encik Mamat

:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::



Profil

Blogger pilihan nina pada kali ini adalah Blogger Encik Mamat.
Encik Mamat bukanlah nama sebenar,
nama sebenar beliau ialah Muhammad Hazri...
Encik Mamat merupakan salah seorang Blogger yang nina kenali
masa mula-mula nina bertatih dalam dunia Blogger nihh... huhu
Beliau merupakan pemilik kepada blog aku dan sesuatu,
http://encikmamat.blogspot.com/
Blogger ini berasal daripada Pulau Pinang, Malaysia
dan telah mendaftar di Blogspot pada September 2007.


Header

Header yang sangat-sangat cantik! macam di alam fantasi!
sesuai dengan trademark, Satu Langkah Ke Alam Misteri...


Tentang Blog

Blog aku dan sesuatu ini merupakan sebuah blog yang banyak berkaitan tentang pandangan Encik Mamat tentang isu-isu semasa, isu-isu berkaitan Islam, cerita tentang kehidupan beliau dan isterinya, Puan Asyikin, kisah keluarga dan sebagainya. nina suka baca blog ini kerana bahasa yang digunakan sangat-sangat santai dan lebih islamik. nina suka baca blog-blog yang islamik. sesuai dengan jiwa nina. memang nina boleh dikategorikan sebagai stalker kepada blog-blog genre macam ini... hehe

Blog Status


Google PageRank – 1/10
Alexa Rank – 753,046
Malaysia Rank – 3,234


Visitors Dan Followers

Jumlah visitor yang terkini ketika nina melakukan analisis ialah seramai 18,192 pelawat. Ini menunjukkan bahawa blog aku dan sesuatu ini adalah blog yang aktif kerana purata pelawat adalah seramai 200 hingga 400 orang pelawat sehari. Blog aku dan sesuatu ini juga mempunyai followers seramai 474 orang (semasa entry ini ditulis).


Demografi


92% Visitor blog aku dan sesuatu ini adalah daripada Malaysia. Kebanyakannya adalah berusia antara 18-24 tahun dan 45-54 tahun. Dan kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai anak. Kebanyakan visitor blog aku dan sesuatu adalah daripada golongan wanita berbanding lelaki. Kebanyakkannya juga berstatus bukan pelajar, maksudnya dari kalangan lepasan kolej atau universiti, dan berstatus sudah bekerja.


Nuffnang Ads

Bagi kedudukan Nuffnang Ads, nina rasa blog aku dan sesuatu tidak mempunyai sebarang masalah. Ini kerana kesemua iklan yang ada amat mudah untuk dilihat oleh visitors. Hal ini secara tidak langsung memudahkan blog ini yang juga telah mendapat Buffered Earnings baru-baru ini. Ini telah membuktikan bahawa setiap kedudukan iklan Nuffnangs tersebut amatlah disenangi oleh para pengiklan. Memang mantap!


Widget


Widget yang digunakan di dalam blog ini adalah besesuaian dan susunan widgets yang sangat kemas. Berat blog ini adalah 71.4kb. boleh timbang blog di sini. Berat blognya memang mantap! Dari pemerhatian nina, memang encik mamat sangat-sangat menitikberatkan soal load page blog beliau. Blog beliau sangat-sangat mesra visitors! Semua widgets lengkap!

namun, nina nak sarankan supaya blog ini mempunyai visitor counter bagi membuktikan bahawa blog ini sentiasa mempunyai pelawat dan setiap kehadiran mereka akan dikira. Label/Categories juga amatlah penting. Ini kerana ianya dapat memudahkan para pelawat untuk mengakses entry post yang lama-lama yang terdapat di dalam blog tersebut.

akhir sekali, kalau boleh di'bold'kan font tajuk post entry lagi mantap! baru senang nak nampak tajuknya. huhu. nina yang baru umur 20-an nihh pun kena kecilkan mata bila nak baca tajuk entry, apatah lagi visitors yang berusia 45-54 tahun. hehe...




kalau ada sesiapa berminat untuk berkenalan dengan encik mamat,
boleh terjah ke blog beliau DI SINI.


Sekian sahaja Blog Review Pilihan Nina Syakina kali ini.
Apa yang terlebih, terkurang, harap dimaafi.
Jika anda ingin menyertainya cuma klik di sini.


::nina says::
teruskan usaha berdakwah
dan menghasilkan entry yang berkualiti...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

6 Leave Here, Comments and Lovely Words:

Unknown said... [Reply to comment]

ninaaa..seriau gak lau nina review blog.hehe..almost perfect.semua nina study n cungkil semua.heheeh

zaheeyah said... [Reply to comment]

fuiyyoooo... detail sungguh..

Lydia Miza said... [Reply to comment]

alhamdulillah..sejak LM ada follower puluh2..dia dah follow.dia sgt baik dan mesra.saya suka bersahabat ngan encik hazri.

Luqman Zakaria said... [Reply to comment]

kak nina nih!sy pon nak jugak!hehe :P

Encik MamaT said... [Reply to comment]

terima kasih nina... bab label tu saya ada. cuma saya ni selalu terlupa kategorikan..sebab tu dah remove.. hahaha... apa2 pun terima kasih nina...

Anonymous said... [Reply to comment]

perghhh mcm ni ke nina review..gle detail..x pnah tgok org review cmni.wohoooo..klo dh review yg silah bgtau tauuuuu..
**ish3 smbil terpegun**