♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Jutawan-Jutawan Senyap Di Malaysia ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


kami laa bakal jutawan-jutawan senyap di Malaysia!
income sebulan mencecah RM1 JUTA!


haha... plawok... plawok...
berangan biar tinggi!


nak jadi jutawan?
senang aje...
cuma perlu korbankan masa dan tenaga...

masa? masa apa?
masa tidur, masa makan, masa mandi, masa dating, masa lepak, masa shopping, masa mengumpat, dan sebagainya... hihi

sebab itu laa jarang orang di Malaysia nihh yang menjadi jutawan...
kalau ada pun, berapa 'ketul' jekkk... huhu

sebab? sebab apa?

sebab mereka sayang dengan masa-masa 'emas' mereka nihh...


pilihan sebenarnya ada di tangan anda...
cuma nak atau tak nak je... huhu... ^^


::nina says::
pengalaman mematangkan seseorang...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Jangan Kahwini Perempuan Ini, Wanita Ini ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: -
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


Apakah jenis-jenis wanita tersebut?





1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.



2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.



3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.



4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.



5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:



Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.



Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


oleh Imam Al-Ghazali


::nina says::
pilihlah yang terbaik wahai Adam...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: April Fool? Ada Apa Dngan April Fool? ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Ada apa dengan April Fool?

April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya,(1 April), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiannya diarahkan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya meraikan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

nina jumpa artikel nihh...
tapi kesahihannya belum dikenalpasti...
lagipun, buat apa nak kenakan orang pada hari ini?


::nina says::
nina hari-hari kacau orang...
tak payah tunggu April Fool...
hehe... ^^


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA