♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Resepi: Cara Cara Membuat Puding Karamel ::

Share

Salam Blogger...
hari ini nina nak kongsi bagaimana nak buat puding karamel ini...
mudah sahaja...



RESEPI: PUDING KARAMEL

:: Klik READMORE Untuk Bacaan Seterusnya... ♥ ::




Bahan-bahan:

7 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 ¼ tin air
1 sudu teh vanilla assen
1 tin susu cair
1 tin buah campur
½ cawan gula
½ cawan air




Langkah 1:
Mula-mula sediakan mangkuk, isikan dengan 7 biji telur, 1 tin susu pekat manis, 1 ¼ tin air dan 1 sudu teh vanilla assen. Kacau semua bahan sehingga sebati.


Langkah 2:
Sediakan gula hangus. Cara membuat gula hangus, letakkan dan panaskan periuk di atas dapur, kemudian masukkan ½ cawan gula dan kacau sehingga semua gula menjadi hangus; ianya akan bertukar warna menjadi warna cokelat kehitaman. apabila semua gula sudah bertukar warna, masukkan ½ cawan air dan kacau sehingga semua gula hangus tadi lebur di dalam air.


Langkah 3:
Apabila semua gula hangus sudah lebur dan bertukar sebati menjadi cecair, tutup api dapur dan masukkan air gula hangus tadi ke dalam loyang. Selepas itu masukkan pula bahan-bahan yang mula-mula kita kacau tadi di Langkah 1.


Langkah 4:
Kukus bahan dalam loyang tadi selama 20 minit.
(Api seperti biasa)



Langkah 5:
selepas 20 minit, tutup api dapur, dan biarkan ia sejuk sebentar. bila dah sejuk, barulah senang nak angkat loyang tadi. ^^


Langkah 6:
sejukkan loyang. apabila loyang benar-benar sejuk, telangkupkan ke atas pinggan atau mangkuk cantik macam kat bawah ini... hihi... kalau mahu sedap lagi, simpankan ke dalam peti sejuk...




selepas itu, barulah boleh hidangkan ia
dengan buah dalam tin dan susu cair...
susu cair tuhh wajib ada,
buah dalam tin, kalau tak ada pun tak apa...
ikut kreativiti nak letak apa...
letak agar-agar boleh, sumi pun boleh, jelly pun boleh...
selepas itu, makannn!!! hihi... ^^






::nina says::
selamat mencuba!


::nina says::
nama tak boleh tahan...
maklum laa...
ini kan makanan favourite orang bujang... hihihi

Resepi: Laksa Kedah


Photobucket


♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

5 Leave Here, Comments and Lovely Words:

yayalya said... [Reply to comment]

adoiii terliur plak tgk yummmyyyy :)

Sca Ndx said... [Reply to comment]

nak dtg rumah ko, nak mkn puding karamel leh?

Gayahspears said... [Reply to comment]

sedap2... nak cket ley x nina..huhu

wanie-homestayparitraja said... [Reply to comment]

dah lama ngidam karamel..tp nk wat malas lak.. hehehh... tolong pos kn kt waniey bley?? hhuhuhu

Anonymous said... [Reply to comment]

Nina...mcm tau2 je bya tgh cari resepi puding karamel ni..thanx ea..=P