♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: Surat Merah Untuk Dia ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~



This entry is special to my beloved lover, My Soul.




Dear My Soul,
this is my first time write about you here.
welcome home, dear...
sekali masuk sini dua puluh sen! hihi... lalalalala... 


ok... ok... please behave nina...
mode serius... serius, pernah ke nina serius?


nina tak pernah serius...
Awak Utara, saya Selatan...
kadangkala terfikir,
boleh ke dua dunia yang berbeza ini bergabung?
awak Kutub Utara, saya Kutub Selatan,
sangat berbeza, tetapi kita sebenarnya saling memerlukan
walaupun kita berjauhan...


adakalanya, ada perkara yang tidak dapat diucap...
kadangkala, perkataan ini tidak pernah terucap...
boleh saya tahu apa yang awak tahu?
boleh saya rasa apa yang awak rasa?
boleh saya berkongsi apa yang awak lalui?
boleh saya berkongsi hidup susah dan senang bersama awak?
boleh saya... jadi sebahagian daripada hidup awak?


saya dah lama nak gembirakan orang yang saya sayang...
gembirakan orang yang sayang saya...

tapi saya sedar kita berbeza, cara hidup kita berbeza...
awak orang laut, saya orang darat,
tapi bukan itu masalahnya...
cuma pemikiran kita berbeza...
kadangkala pemikiran awak A, pemikiran saya B.
bagai langit dengan bumi bukan?
tapi saya tahu, kita sebenarnya berkongsi satu dunia yang sama...
susah payah kita harungi bersama...


penat tak hidup dengan saya?
seorang yang tak mampu buat awak sentiasa gembira...
seorang yang suka merajuk dengan alasan kadangkala tak logik...
seorang yang mementingkan diri. seorang yang tak pandai menghargai.


kadangkala...
saya tahu... saya sedar siapa saya...
saya tahu... saya sedar saya tak sempurna...


kisah kita bukanlah kisah Romeo dan Juliet yang mahu terjun bersama.
saya juga bukan Cinderella yang pakai kasut kaca...
kerana kasut kaca itu mahal harganya. tak mampu saya...
tapi, saya tahu, awak mampu berikannya...
cuma kadangkala saya rasa saya tak layak menerimanya...
bagaimana kalau kaca itu pecah? saya tidak mampu menggantikannya...


Sayang,
awak ingat kali pertama kita jumpa?
awak ingat bila? awak ingat di mana?
kali pertama kita berjumpa pada 5 tahun lepas?
hanya awak dan saya, kita berdua bersama, berjanji bersua...
saya jatuh hati pada awak, dan awak pun sama...
hampir setahun perkenalan, saya ucap saya sayang awak...
ekspidisi cinta kita bermula di sini...
namun begitu, pelayaran kita hampir karam di tengah laut mati...
mujurlah, laut mati membolehkan kita terapung...
masih mampu teruskan hidup...
lebih-lebih lagi sebab awak pandai berenang...
jangan risau tentang saya...


saya akan terus terapung dan teruskan perjalanan hidup
seperti kapal di lautan...
sehinggalah, awak berjaya selamatkan diri ke darat,
dan kemudian lekas kembali ke laut bersama bot,
menghulurkan tangan, dan menggapai tangan saya erat-erat...
pada ketika itu, 1001 perkataan yang berada di minda saya
 yang tak dapat diucap dengan kata-kata mahupun perbuatan...
awak dan saya, berdua...


terima kasih awak...
terima kasih 'pinjamkan tangan awak'
'pinjamkan telinga awak'
dan kini 'pinjamkan bahu awak'
tempat luahan perasaan saya...



until now...
thanks a lot...
always be my 'Love', 'Sayang', 'Abang', 'Bambam'

Heart you... 




::nina says::
kebahagiaanmu, kebahagiaanku. 


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Jom Diet Dengan Apps Myfittnesspal ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Semalam nina ada mention pasal azam baru 2013.
ok. Salah satu dari azam nina tahun ini adalah mahu KURUS! 

Haaa... gelak. gelak. gelak laa lagi!
kali ini nina serius ok!

cuba laa tengok picture nina December 2012.
chubby yg amattt...

kesibukan harian menyebabkan berat naik sampai 69kg!
1kg lagi nak cecah angka 70kg! waaaa!
asal stress je, makan! stress sikit, makan banyak!
i need to lost weight!




haha... semua orang macam tak percaya nina nak kurus...
dulu tak pernah ada dalam kamus hidup perkataan KURUS...
Habis nak buat macam mana kan... 
Kalau tak kurus, nanti picture wedding tak cantik. oooppss!
berangan!


Ok. sebenarnya, nina dah mula diet pada 01/01/2013.
so target tahun depan kurus slim melimmm laa yekk...
nanti after grad, boleh naik pelamin! yeayyy!
hahaha... berangan lagi! hehe =p 

hari tu ada kawan ajak diet Atkins sama-sama...
tapi, dengan kesibukan yang ada, yang memerlukan banyak tenaga,
nak kerja Centre for Student Enterpreneurship, 
nak buat event itu ini, anjur seminar, follow up client,
nak jaga budak-budak Student Entrepreneurship Association (SEA), 
nak pergi kuliah, nak buat assignment, nak study lagi,
buat dua kerja dalam satu masa sangat-sangat memenatkan...
my online bakery terpaksa ditutup buat sementara waktu...
keluar rumah pukul 8.30a.m, balik rumah pukul 8.30p.m
sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal...

This weekend baru laa dapat holiday balik kampung... 
itu pun ambil cuti, 7, 8, 9 haribulan nih...
 Kebetulan adik kesayangan baru habis belajar di ITB, Bandung... 
Flight sampai malam Ahad ini, ambil dia di KLIA, 
terus gerak balik kampung. Sighhh... Penat woo... 
tak sempat nak jogging, diet bagai... 
tapi mujur laa ada bantuan seseorang!
thanks a lot to my dear friend, 
Shela Mansor yang perkenalkan apps ni pada nina. suka!


MYFITNESSPAL


mungkin ada yang dah tau apa itu Myfitnesspal ni... 
Kalau belum tahu, boleh click Myfitnesspal.com dan register segera! 

Aplikasi ini membantu nina untuk menurunkan berat badan.
Ianya adalah sebuah aplikasi penghitung kalori tubuh. 
Ia membantu memantau apa saja yang nina makan, 
 apa saja yang nina lakukan untuk mengurangkan kalori.
Yang menariknya, ia ada analisis nutrisi dan kalori, 
nina boleh pantau apa yang masuk dalam tubuh nina setiap hari.  
Nina dah install dalam ipad, so bila-bila masa sahaja nina boleh update diari diet nina nihh... hihi ^^


Dengan bantuan apps Myfitnesspal
nina boleh control diet pemakanan nina setiap hari.

apps ini kita boleh update setiap hari. Yeayyy!

buat mereka yang tiada smarphone ataupun tablet,
boleh juga buka akaun anda dengan melayari http://www.myfitnesspal.com/
mudah sahaja! dah register tuu, jangan lupa add nina k!





::nina says::
hari-hari mimpi kurus. aduyaiii!

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Azam Baru ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


nina, nina, apa azam tahun baru?

hoho... ramai kawan-kawan yang bertanya,
apa azam tahun baru kali ini. hehe
boleh tak kalau nina jawab, azam tahun nih
nak aktif BERBLOGGING semula?
yeayyyyy!


ehem2...
ada yang melompat-lompat bila dengar nina nak berblogging semula.
haha... perasan kau jah! orang dah tak ingat siapa nina syakina laa...
haha... tu laa... dah lama sangat menyepi tanpa berita...
usia pun makin meningkat tua...

tapi...

mampu ke nak online setiap hari?
haaaaa..

jawab... jawab...




::nina says::
azam baru? hurmmm...
banyak sebenarnya...
hehe...

Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA